Sunday, April 29, 2012

Dengan lafaz Bismillah... Dia amanah kami~

Alhamdulillah... akhirnya, keputusan telah pun di buat dan semuanya berjalan lancar... Akuan Sumpah Perangkatan dah selesai tanpa sebarang masalah... Syukur pada Allah SWT kerana telah membuka hati kami suami isteri untuk buat keputusan ini... Sesungguhnya, ini adalah keputusan terbesar kami buat... Setelah 6 bulan berfikir dan memohon petunjuk dari Allah SWT, kami semakin yakin bahawa ini yang ditakdirkan buat kami... Namun  begitu, usaha TTC K dan suami takkan terhenti... kami akan teruskan usaha... 

Ya, Allah... seandainya ini yang diamanahkan untuk ku dan suami, kami terima dengan hati yang terbuka... kami akan berusaha menjaga dan mendidik amanahmu seikhlas hati kami... Sesungguhnya, kami berlindung di bawah payung rahmat mu ya Allah... Permudahkanlah urusan kami... Jadikanlah kami ayah dan bonda yang baik untuk anak ini dan harapan kami agar anak ini bakal menjadi khalifah yang akan menghuni Syurga Mu di Akhirat kelak.. Aminnnn...


Insya'Allah, bermula bulan depan baby lelaki berusia 5bln, akan tinggal dengan kami... Semua yang baik datang nya dari Allah... dan segala kekhilafan itu datangnya dari diri kita sendiri... K, akan ceritakan kisah sepenuhnya di entri akan datang... 


Photobucket

Friday, April 27, 2012

HSG

Sekarang ni K cuba persiapkan diri untuk menghadapi 2hbMei...huhuhu...takut, risau, seram sejuk pun ada... K nak kena buat HSG dulu cycle ni sebelum teruskan Clomid... tp, cara Doc tu macam nak terus ke IUI... K pun tak pasti...semuanya bergantung pada result HSG nnt... Harap2 semuanya berjalan lancar...Semoga Allah permudahkan urusan K, aminnnn.......

Ceritanya, masa K period tu, K call spital cakap dah period, then, diorang suruh datang wat TVS... K pun tak sure kenapa... tengah Cik P duk mengalir tu jgk dorang nak wat... lepas scan, jumpa doc.. Masa sembang2 dengan Doc, Doc cakap kenapa tak wat HSG? Pastu, K cakap, Doc yg sebelum ni cakap try Clomid 3 cycle dlu pastu baru wat HSG kalau tak berjaya conceive... Then, Doc tu cakap, bulan ni nak continue Clomid ke nak wat HSG dulu... lepas K cal tanya hubby macamana, dan Doc pun suggest suh buat, sbb senang nak proceed IUI,  K pun agree nak wat aritu jugak K g ambil appointment kat bahagian X-ray.. lepas kira2 hari, orang yang bagi date appointment tu tanya 2hb5 boleh? K cakap je boleh... pastu K tanya dapat MC tak? ke K nak kena ambil cuti... Orang tu senyum pastu cakap, K akan dapat MC untuk hari tu... so,  K decide 3hb&4hb K nak apply cuti...nak rehat kat rumah... Hubby lak nak amik cuti 2hb & 4hb... Hubby susah nak ambil cuti direct 3hari, guru besar tak bagi... So, my hubby cakap nak amik cuti selang2... Alhamdulillah...approve...



Since K nak wat HSG cycle ni, Doc tak bagi K ambil Clomid... jadinya, Cycle K gunakan BBT dan OPK je untuk tentukan waktu subur... Memang tipis la harapan nak conceive bulan ni... K pun tak mengharap  yang K akan conceive bulan ni naturally...

Hmmm....K start makan EPO balik... tapi, K amik yang 500mg je...EPO keluaran Safwa...sbb K ni jenis kulit berminyak, dulu penah consume yang 1000mg, tp, tak tahan...then, K stop... K ada makan biji Habatusauda juga... malam K sapu Ginger Spa kat perut&ari-ari... Ginger Spa ni tersangat lah panasnya... ala2 macam Krim Mustajab tu...


...:::::mode:tak sabar nak balik kampung:::::.....

Photobucket



Thursday, April 26, 2012

Bersabarlah Wahai Hati..



Ya Allah...
Permudahkanlah urusanku...
Terimalah usahaku...
Makbulkanlah doaku...
Perkenankanlah permintaanku...
Ya Allah...
Kuatkanlah hamba Mu yang kerdil ini...
Agar dapatku lalui apa yang telah Engkau rencanakan buatku dengan penuh redha...
Amin...

Photobucket

Thursday, April 12, 2012

Terasa Macam Belum Waktunya...

K rasa cycle ni, belum waktunya lagi K akan terima anugerah Allah yang selama ini K dan hubby inginkan... Sebabnya, K seriously tak de rasa macam nak melekat cycle ni.. sakit pinggang, perut berangin, senak kat ari-ari2 semakin hilang... Actually, K ada rasa semua itu since CD16... tapi, arini CD21, rasa2 itu dah makin hilang, cuma terasa menyucuk-nyucuk sayang je kat ari2 ni...even semalam CD20 pun, dah kurang rasa2 itu...


Tambah pulak masa CD19, Isnin baru ni, K ada main bowling...dan petang semalam lak K gatal pergi join hubby main badminton dan hampir nak terjatuh dan terasa senak kat ari2... 
Bila balik tu, hubby ada tegur, kalau boleh tak payah lasak2  lagi dah... Hubby cakap dia tak nak halang K kalo K nak buat apa2...Sebab hubby takut K merajuk... Tapi, sampai je insiden K nak terjatuh tu, dia cakap dgn nada tegas jgk la, ckp jgn main dah...


Hmmm...sekarang baru K sedar, K tak pandai jaga diri... Sebab tu Allah belum nak kurnia rezeki tu untuk K dan katakanlah Allah dah bagi, tp, K tak jaga... Mungkin Allah akan ambil balik kan?


Eh, ape la yang K merapik ni... Ape2 pun, K takkan putus berdoa dan berusaha... Semoga suatu hari, K akan menerima anugerah Allah SWT yang terindah ini...aminnn...juga buat kawan2 TTC, Semoga ada sinar untuk kita kelak...




p/s :  "Dear Hubby,
Photobucket          I'm Sorry....."

Tuesday, April 10, 2012

OK... Dah jumpa~

Hehe.. tak tau nak tulis tajuk apa... Actually K dah jumpa apa nama ubat injection release telur yang Doc bagi aritu... mula igt pregnyl...tp, bila google, tgk gambar pregnyl... tak sama lak macam ubat suntik K tu... So, lepas di google2 kan, akhirnya K jumpa ubat tu... nama dia Ovidrel... Lega, dapat gak tau apa nama ubat tu... huhuhu~ Ni la ubat tu....



thanks pakcik google... Thanks jugak untuk owner gambar..



Photobucket

Sunday, April 8, 2012

Teringin punya pasal - UPT on DPO3

Actually, K ada stok UPT yang agak banyak. K ada terbaca kalau kita ada ambil suntikan untuk release telur tu kandungannya ada hormon HcG... dan kalau buat UPT masa tu atau 2,3 hari selepas tu, akan dapat UPT +ve, tp, sebenarnya tak pregnant... Dek kerana teringin sangat nak tengok +ve line pada UPT sendiri, dengan otak seminit K yang tak berapa nak betul ni, K pun terpikir nak buat ujikaji.. mana tau dapat +ve line tu kan? hahah...even tak membawa maksud preggy.. atleast hajat nak tengok tu sedikit sebanyak tercapai... huhu~ Gila kan K ni... nak wat camana, nak tgk yang real punya still belum rezeki... ape2 pun jom kita tgk result nya... +ve ke -ve?

Semestinya negative. Ini bermakna, mission failed.



Jenuh K tenang UPT tu sampai juling biji mata, sebab mula2 macam ada faint line yang sangat2 faint. Tapi, sebenarnya tak ada pun dan dalam gambar pun memang tak ada. So, conclusion yang K buat, maybe kandungan HcG yang ada dalam ubat yang K suntik tu dah pun keluar dari badan K melalui urine. Sekian....  (^__^)Y
Photobucket

Homemade Mutton Steak

Bahan-bahan (untuk 2 orang - kepingan nipis 1cm)

Untuk memanggang

2 keping daging kambing*
3 ulas bawang putih di cincang*
2 sudu kecil butter
garam secukupnya*
gula secukupnya*
sos barbeque Life secukupnya*
serbuk lada hitam secukupnya*
kicap cair


Untuk Sos


1 sudu kecil butter
2 sudu kecil air perahan lemon
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
serbuk lada hitam
serbuk daun oregano
serbuk daun basil
sos tiram
1/3 sudu kecil kicap pekat
sedikit tepung jagung dibancuh air



Cara-cara


Untuk memanggang


1~Perapkan daging kambing dengan bahan bertanda * selama 30minit.
2~Panaskan kuali, cairkan butter.
3~Masukkan kepingan daging yang dah diperap dan balik-balikkan daging beberapa kali untuk meratakan butter keseluruh daging. Gunakan api sederhana. Kemudian tutup supaya daging lembut.
4~Selang lebih kurang 5minit, buka penutup dan balikkan daging, titiskan sedikit kicap cair di atas daging. Ulang sehingga daging masak dan sedikit garing.

Untuk Sos


1~Gunakan kuali yang sama, panaskan butter.
2~Masukkan air perahan lemon, gula, garam, kicap pekat, oregano, basil dan serbuk lada hitam . Kacau sebati.
3~Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau sehingga sos menjadi pekat.

Siap!





K hidangkan bersama sayur campur rebus letak mayonis, hashbrown, carrot rebus dan timun.
Actually, K buat ni dah lama, masa tu K cuti, tp, Mr.K kerja... Konon2 wat surprise candle light dinner la aritu.. haha... candle light apa nya, buka kipas terpadam la lilin... huhu~


Photobucket

Saturday, April 7, 2012

PCOS ke?

Tadi K baca2 balik majalah Pa&Ma, keluaran Nov'11.. Masa tu K tak tau yang K ada PCOS... K dpt tau masa appointment bln Disember... Tadi, selak2 majalah, K terbaca something yang K rasa nak kongsi kat blog, errmmm... sharing in caring... ;)

Dalam majalah ni ada ruangan 'Tanya Pakar' di kelola oleh Dr. Norintan Zainal Shah (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia, Medical Centre, Seremban). Salah satu soalan yang K tertarik nak baca ialah berkenaan PCOS. 




SOALAN


Saya ada bertemu doktor untuk mengetahui tahap kesuburan. Saya diberi pil perancang untuk mengatur semula haid. Dia turut mencadangkan agar saya mengamalkan diet tidak berkanji. Selain itu, menegur jerawat yang tumbuh di muka. Apakah ini menunjukkan saya mengalami PCOS kerana dia tidak berterus-terang dengan saya? 






JAWAPAN


Masalah polycystic ovarian disease atau PCOS memang ada dikaitkan dengan perkara-perkara seperti kurang subur/sukar untuk hamil, obesiti, jerawat dan kitaran haid tidak teratur. Namun, PCOS yang sebetulnya boleh dipastikan dengan ujian darah. Dalam ujian ini, pihak makmal akan mengukur tahap hormon FSH dan LH pada hari ke2 haid (hormon FSH selalunya lebih tinggi dari LH). Jika LH melebihi tahap FSH sebanyak 2 kali ganda, maka puan akan disahkan mengalami PCOS. Diharap puan dapat menjalani ujian darah ini untuk mengetahui kebenarannya.

Mengenai diet tidak berkanji yang dicadangkan, ia boleh menurunkan berat badan puan dan diharap boleh meningkatkan kesuburan bagi mereka yang mengalami PCOS. Saya juga ingin menasihatkan puan membaca lebih banyak mengenai diet dan senaman untuk pesakit PCOS. Ini adalah kerana, diet untuk pesakit PCOS amatlah penting. Mereka tidak boleh makan kabohidrat ringkas seperti gula, minuman bergula, kuih-muih, mi, koey teow, lemang, nasi himpit dan lain-lain. Apatah lagi makanan ringan, coklat, aiskrim, kek dan sebagainya. Kadangkala, nasihat sebegini menyebabkan pesakit terkejut, sedih dan ada juga yang marah kerana makanan kesukaan tidak lagi ada dalam "menu".

Sama pentingnya, adalah senaman. Pesakit PCOS perlu bersenam di gimnasium. Jika setakat, berjalan keliling rumah, senaman yang sebegini tidak memadai. Semoga puan tidak cepat putus asa dan terus melakukan lawatan lanjut dengan doktor.



credited to Pa&Ma


Photobucket

Wednesday, April 4, 2012

TVS CD11 & CD13

Ok, ni update untuk treatment K, masa CD11, Isnin baru ni, K pergi spital utk TVS... lepas scan misi gitau ada 3 telur saiz lingkungan 9 - 12mm camtu je...bila jumpa doc, doc ckp tak telur membesar, next 2 days kena datang scan balik..

Jadi arini CD13 K pergi la wat repeat scan kat spital...kali ni doc pakar sendiri yang scan.. Rupenye doc yang paling pakar kt sni doc chinese lelaki... Actually, K rasa down sgt bila tahu doc lelaki akan wat... tp, lepas mesej2 dgn hubby mintak izin & mintak maaf, hubby cakap, buat je dah tak ada pilihan... Doc tu mcm tau yang K ni segan nak tunjuk kat dia 'kawasan terlarang' tu...Lastly, dia just 'sua' tangan yang pegang camera tu kat bawah kain penutup, dan tanya, 'betul ke kat sini'.. K just hmmm...(maksudnya nak cakap betul la kat situ...huhuhu)...After scan doc ckp, 'Ok, puan ini rahim u.. rahim u ok.. 8.2mm..' digodek2 cari telur lak...'Very Good! Ada telur yg cantik..' Dengar doc baca saiz telur kt monitor tu, K tgk ada beberapa telur yang membesar, tp, yang paling besar ada 1, saiznya 20.5X18.5mm... Dah selesai semua, time nak keluar bilik scan.. Doc panggil and cakap, 'Puan, Telur u very good. U nak buat IUI kan?' Dengan laju dan pantasnya K jawab, 'No...! I baru 1st cycle ambil Clomid'  then doc tu ckp, 'Oh, nevermind, we'll discuss later.Tunggu kat luar k'

After awhile, Doc panggil masuk bilik, masa tu Doc explain Doc akan bagi injection untuk release telur.. Selepas 36jam, K kena berBD dgn hubby hari2 selama 3 hari.. 'So, kena kerja kuat ye?ok tak?' Doc tu ckp sambil tulis slip ubat & time slip..K masa tu mcm rasa malu, K angguk ckp boleh pastu senyum, cover malu...hahahah...Doc bagi slip ubat, K pergi ambil kat pharmacist kena letak dlm ais bawa ke klinik untuk di suntik.. Pukul 2.15pm mcm tu, K cucuk, so, 2.15am, Jumaat, K kena start berBD dengan hubby.. Wish us luck ye? Thanks in advance!  ^___^






p/s: lupa nak tanya apa nama ubat tu yang kena inject tu..ada sapa2 yang tahu? untuk kali ni, K kena keluar 20sen utk beli ais. heheh..utk treatment dan ubat still RM0...Alhamdulillah







**** K baru tahu rupanya ari Rabu ari org mengandung check up kt situ. So, tersangat la ramai org mengandung dan terasa asing betul sepanjang kat klinik tu. Dah la sorang2,encik hubby tak dpt teman.. huhuhuhuhu~ touchingggg! ******



Photobucket

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...