Seperti yang K maklumkan dlm entry sebelum ni, sempena kehadiran bulan istimewa buat K ni, K berbesar hati nak ber'Giveaway' dgn member follower sekalian... Thanks sbb sudi baca cerita K. Untuk 1st GA , K setakat ni dah sediakan 3 hadiah.. Kalau sorang je join, K akan bagi tiga2 kat dia walaupun jawapan dia tak betul.. Sebenarnya one of 'hadiah' yang K nak bagi ni, K memang nak bagi kat someone, tp, K tak tau nak bagi kt siapa sbb K tak sure siapa yang betul2 memerlukan 'hadiah' tu..Maka terpikir lah nak bagi pada one of blogger friend, tp, siapa? So, tercetus la idea nak wat GA ni..
Cara2 nak join GA ni:
1- Terbuka kepada kawan2 blogger AKA follower blog K ni..
2- Jawab soalan mudah kat bawah ni di ruangan komen entry ni..
Soalan-soalan:
1. Bila tarikh K mula bekerja?
2. Bila tarikh lahir K dan berapa umur K tahun ni?
3. Bila tarikh nikah K dgn Mr.K dan tahun ni anniversary kitorang yang ke berapa?
Clue utk soalan:
1 - jawapan soalan ni ada dalam ruangan komen salah satu blog yang K follow.
2 - jawapan tarikh lahir korang kena teka siap dgn tahun ye (cth: 1/11/2011) sbb memang tak de dalam blog ni..bulan dah K gitau dlm entry sebelum ni... untuk tarikhnya je yang korang kena teka...(yang pasti bukan 10hari awal dlm bulan ni) umur lak, kalau dah dapat jumpa jawapan untuk soalan satu, mesti dah leh agak umur K thn ni berapa dan jugak tahun kelahiran K untuk soalan nombor 1 tu..
3 - jawapan soalan ni ada dlm blog K ni... cari lah ye?
Note:
-Sorang boleh teka 2 kali...
-Giveaway bermula dari saat entry ni di publish dan
berakhir 10 November 2012, jam 23:59
Thanks pada yang sudi join!
Apa hadiahnya? K akan update di entry akan datang.