Friday, May 24, 2013

3rd IUI: Paling sakit!

Alhamdulillah.. semalam K telah selamat menjalani IUI kali ke3.. IUI selepas 43jam suntik trigger release telur.. IUI kali pertama Dr. lelaki yg buat.. Nurse ada gitau K, last patient yg Dr ni buat iui bln Mac aritu berjaya conceive.. ok.. K teruja jgk la.. masa tu ada rasa sedikit confidence.. tp, dlm hati K tetap igtkan diri K utk tidak menaruh harapan yg sgt tinggi.. Yelah.. bukan Dr yg tentukan rezeki kita kan? tp, Allah SWT.. IUI kali ni K rasa IUI yg paling sakit.. Sebenarnya selama ni K memang terasa yg pintu serviks K ni ada something tak kena.. akhirnya, semalam terjawab la persoalan K selama ni.. Dr maklumkan yang pintu serviks K mengadap ke atas sedikit.. dan laluan serviks jadi sukar.. dan yang K rasa sakit masa buat IUI tu sbb dia tarik pangkal rahim K ke bawah supaya dia dpt masukkan alat suntik sperm ke ruang paling dlm rahim & he really did it! K dpt rasa.. IUI selesai pukul 4.05pm dan pukul 4.30pm K dh boleh bgn dan balik rumah.. hubby K amik ubat Duphaston kt farmasi... K kena makan sehari 3 kali.. sebiji-sebiji..pkul 4.45 baru dpt balik.. sepanjang perjalanan balik, K baring je di seat belakang.. sampai rumah dlm pkul 5.30pm mandi dan solat asar semua.. pkul6.30 kitorang gerak balik kampung.. lebih kurang 3 jam perjalanan.. dan pg td K bgn nak subuh, ada stain di underware.. K pasti tu bukan period.. maybe pendarahan masa buat IUI tu baru nak keluar.. so, K solat mcm biasa.. arini masih terasa sengal2 ngilu2 tu..



Ni la katil tempat prosedur IUI dilakukan

 Peralatan yang digunakan hanya sekali.. lepas pakai terus buang..

 Ni stok Dhupaston yg K dpt.. Masuk yang ni K ada 5 kotak semuanya.. expired 2017..huhu~


Dan dalam perjalanan balik kampung semalam, tetiba baby Hajir utk pertama kalinya gigit jari ibu kaki dia.. 
Hehe.. kononnya kalau baby buat camtu sbb nak dpt adik.. eisyy.. kalau la boleh pakai statement tu... kan best!


Tuesday, May 21, 2013

TTC Update : IUI #3

Insya'Allah... ari khamis ni K akan lalui pengalaman IUI kali ke3... sekarang ni K CD12.. So, td  TVS ada 1 follicle je yang cukup matang... Sebelah kanan, saiz 22.4mmX17.5mm dan tebal dinding rahim 6.4mm sahaja... Alhamdulillah, K arini dpt consult dgn Dr. Tham.. Gynea paling pakar di Hospital Ipoh.. hmmm.... trigger kali ni K tak diberikan Ovidrel mcm sebelum ni.. K dpt Pregnyl 5000iu..but Dr. Tham tak bg K cucuk sendiri.. K kena pergi klinik 1Malaysia yg berdekatan dgn ubat tu dan minta nurse situ tolong cucuk kan pukul 9pm ni(selasa).. Pregnyl ni kena suntik kat montot.. oucchhh... huhu~ sakit sikit kalau nak bandingkan dgn cucuk ovidrel..
Strategy Dr. Tham kali ni memandangkan uterus lining K tak berapa tebal,prosedur IUI akan dibuat waktu petang jam 4pm.. sebelum pukul 2pm kena ada di hospital..
Harapan kali ni, K memang inginkan keputusan positif... Tp, K serahkan segalanya pada ketentuan Allah swt.. Actually, K risau jgk nak mengharapkan tinggi2 utk IUI kali ni.. sbb ari K buat IUI tu, malamnya K akan gerak balik kampung K kat Kedah..Sbb Sabtu ni nak buat kenduri aqiqah Baby Hajir.. Org ckp kalau boleh avoid travelling selepas IUI.. Walaubagaimanapun, rezeki semua kuasa Allah.. kan?
Kun Fayakun.. 

Ni ubat Pregnyl tu... alas nak rotate... esokla K rotate... 

Ni notes Dr Tham tulis suh bg kat staff klinik 1 Malaysia tu... hehe... pun malas nak rotate... 




p/s: IUI kali ni 100% free.. Dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan.. Alhamdulillah...


Photobucket



Thursday, May 16, 2013

What should i say?

Semalam, mood K ni agak terusik sikit.. tembok kekuatan yang hampir teguh K bina untuk lawan perasaan ini, terasa ada retakan.. ecehh2... bermadah pujangga lak kan?
Actually, kwn tempat kerja lama K ada msj K, she married last year, and yes she was lucky, she doesn't have to wait long to get pregnant.. Oh.. what i'm trying to say??  Am I jeles? ya, a bit.. But it'll be ok after awhile kan? truely, i'm thankful coz none of my friend are in the same boat with me.. And i happy for her pregnancy.. That's how the TTCian person will say and feel.. 
Eh, dah apahal K dok skeaping ni... macamla betul grammar nya.. hehe... so, ni screenshot msj semalam.. 

notes: nama2 dlm msj K ubah sikit.. 


What else can I reply to her kan? 

Hey, people out there, stop asking us TCCians those questions anymore..
Please, don't hurt our feelings..
tambah sikit... cukuplah perasaan kitorang terusik dgn status2 pregnancy korang kt FB.. hehehe..

Kalaupun kami mendapat rezeki yang satu tu nanti, kami tak akan sorok dari semua orang.. Ape faedahnya  kalau di sorok2 berita gembira.. aduhai...


Photobucket

Tuesday, May 14, 2013

The Love Palace of Us (episod 2)

sambungan...


Lumrah beli rumah 2nd hand nak2 yang tak dihuni.. Macam2 la yang perlu di repair. Nasib la dalam tempoh tunggu settle suma K dpt keluarkan KWSP.. dah confirm2 itu guna untuk bayar RM12K, 10% tu.. Nak repair rumah K buat pakai duit apa agaknya? Terpaksala kitorang membuat personal loan sikit.. repair yg penting2 dulu...

Tp, berangan tetap berangan.. time tu, selagi tak dpt kunci... 
selagi tu la K akan berangan.. haha..
kadang2 tu sampai serabut kepala otak... hubby K lagi la pening nengok bininye ghope tu..hihi..  $$$$ nya tight sgt... angan2 mat jenin nya besor... ape2 pun ini sekadar perancangan... kalo ckup budget... boleh le... hehe... 

So, ni la antara senarai yg nak buat masa tu..

Wishlist:
1- Grill (RM3200)
2- Cat Luar/Dalam  (RM1500)
3- Lampu + Kipas Syiling (RM1700)
4- Dapur+Kitchen Cabinet (RM4500)
5- Awning
6- Wiring, Tambah Plug Soket (RM1300)
7- Langsir (Jahit sendiri pasang sendiri, kain: RM500 rail: RM200)
8- Rak TV
9- Garden
10- Aircond
11- Alarm
12-Tukar semua pintu dan  tombol
13- Sofa
14- Peti Ais Besar

So, antara semua ni yang warna hijau tu je yg kitorang mampu buat sebelum pindah masuk. Alhamdulillah selepas di kawtim dgn owner rumah tu, K dpt kunci awal sebelum selesai urusan jual beli ni sbb K nak renovate everything sebelum 1hb 8..

dan Alhamdulillah jgk, sehingga kini ke semua whishlist dah pun terlaksana..


so....


ini la dia Our LovePalace..



Before:

After:

Currently

sila abaikan hutan sebelah pagar K tu.. Tanah tu ada owner.. 
tp, tak jaga.. sekali dua, boleh la kitorang tolong tarahkan.. l
epas tu tak lalu dah la... igt nk pergi buat report kat Majlis Bandaraya la..


... to be continued...

Photobucket



Monday, May 13, 2013

The Love Palace of Us (episod 1)

Arini terasa nak mencatat susah senang pahit maung suka duka KAMI di rumah yang kitorang stay sekarang.. which my husband and I name it as LovePalace... Our LovePalace! Alhamdulillah... K dan hubby diberikan rezeki memiliki rumah ni pada usia 26 tahun.. Syukur pada Mu Allah..
Alkisahnya, actually, kitorang tak berhajat pun masa tu nak beli rumah... tp, memandangkan rumah yg K dan hubby sewa masa tu, tuannya nak renovate.. dan minta kami pindah sebelum hujung tahun... masa tu awal bulan 4/2011... So, target kitorang nak pindah sebellum hari raya.. Raya tak silap thn tu bulan 9 kot.. 

Maka bermulalah episod2 mencari rumah sewa baru... merata2 kitorang cari rumah sewa yang berpatutan dgn keadaan dan lokasi rumah... Tp, semuanya hampa.. Rumah kosong banyak tp, tak tau ownernya... Yang dpt call owner, rumah dah ada org booking la... sewa mahal.. dan keadaan rumah yang tak berapa ok.. Budget K dgn hubby K untuk "bayarkan rumah orang AKA menyewa" hihi~  adalah paling tinggi RM350 dan jarak ke tempat kerja tak melebihi 30minit perjalanan sehala.. 
Satu hari tu, kitorang suarakanlah pada mak hubby.. Susah sgt nak cari rumah sewa.. 
Sudahnya, my MIL suruh je kitorang beli 1 rumah kat perumahan MIL tu.. ala sebelah lorong je dgn umah my MIL..  Masa tu kitorang langsung tak terlintas nak membeli rumah, ye la, masing2 baru 2,3 thn kerja..takut gaji tak lepas dgn komitmen nnt.. 
Pikir punya pikir, K dgn hubby pun terus call dan tanya owner rumah tu berapa harga.. Dia letak RM120K.. Masa my MIL beli baru thn 2005 harga RM105K.. so, dia untung dlm RM15k.. (yang terbaru adik ipar beli rumah yang sama awal thn aritu, harga dia RM160k dan ada satu lagi rumah yang  sama tp dah direnovatekan everything sampailah ke pagar, nak di jual, harganya RM230k) kiranya harga masa K dgn hubby beli tu kira ok lagi la kan? 
K dgn hubby pun sedia la dokumen2 yang diperlukan utk membuat loan dgn bank.. (kitorang tak nak guna loan keja gomen takut lambat proses).. Sudahnya beberapa bank yang kami pergi, lepas kira2 gaji kami semua, hanya 1 bank je yang lepas, which is BSN.. Thanks tu En Zu AZne yang bertungkus lumus menolong kitorang that time.. 
Akhirnya, kitorang dpt loan beli rumah tu sebanyak jumlah 90% dari nilai rumah, iaitu RM108K.. 
10% sendiri punya duit... Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah SWT..


...to be continue...

Photobucket

Sunday, May 12, 2013

Aku Nak Pakai BAJU Tu Nanti!!


Arini K pegi ambil baju2 yang K tempah last month.. 1 baju utk di pakai time kenduri aqiqah Baby Hajir ujung bln ni... dan 1 lg untuk pakai masa adik ipar nak bertunang ujung bulan depan... Hehe.. Lumrah org pompuan kan? asal ada occasions apa2.. mesti nak tempah baju baru... Actually, K bukan la jenis asal ada kenduri nak tepah baju baru.. 2 baju ni pun baju yg pertama K tempah thn ni... Maybe nak bawak baju ni utk raya ke3 dan ke4 nnt.. Ok berbalik pada tajuk entry.. K Actually tempah baju2 tu dgn cara bagi baju contoh.. kira tak ukur badan la... 
K suh tailor tu ikut ukuran baju lama K yang mana time tu berat K 55kg.. 
Baju kurung moden, siap plit2 bagai... tp nasib jgk time tu pakai still longgar2 la.. not too body fit la..
 td, K cuba sarung ke badan K, macam nangka da... hubby K siap tegur, apsal kecik?? K senyum je la..  haha.. giler betul rasa.. Bila igt2 balik, K rasa ni keputusan berani mati sgt... konon nak jadikan self-motivator la untuk struggle diet kali ni.. buatnya kantoi.. Tak tau la apa yg bakal jd nnt.. hehe..
Yg untuk majlis tunang adik ipar K tu, K tak risau sgt sbb ada masa sebulan lebih lagi..yg utk kenduri Aqiqah ujung bln ni.. K sgt2 risau... mau tak nya, now berat K 62kg maknanya 7kg la perlu diturunkan kalau nak selesa pakai baju tu nnt..smpat ke? ni dh tgh bulan.. adoi...! Harap HERBALIFE dpt membantu..




p/s: Arini CD3, Insya'Allah K akan buat IUI kali ke3 cycle ni (prosedurnya maybe around 22hb atau 23hb)...K tengah berangan2.. Kalaulah Allah SWT makbulkan doa2 kami sekeluarga bln ni, K berjaya conceive utk percubaan kali ni.. Baju untuk majlis tunang bln depan tu pun tak dpt la nak pakai kan.... hihihi~ Tak pe.. kurela pakai baju lama andai itu takdir Mu ya Rabb.. :)

Photobucket

Friday, May 10, 2013

New cycle begins..


Untuk rekod K, currently arini K dah CD1, maka last cycle K adalah 34hari.. Cik P datang bersama senggugut yang sgt sgt gila... huhu... Rasa nak tido je ni.. tp, jpg ada taklimat la pulak.. terpaksa la tahankan sampai pukul 5 ptg ni.. esok K will start consume Clomid & 20 Mei ni, K akan ke hospital untuk scan folikel CD11.. Harap2 semuanya dipermudahkan.. Wahai folikel2 ku respon lah dgn baik ye?kalau boleh K nak on CD13 (22/5) K dah boleh proceed IUI prosedur... 24/5 tu kan cuti hari Wesak..
eh, nnt K sambung... dah nak masuk taklimat...


Photobucket

Wednesday, May 8, 2013

Herbalife+Puasa+TTC Update.

Lamanya la K tak jenguk blog K dan blog kawan2.. Internet kat rumah K problem.. til now pun belum lg OK.. dekat opis pulak busy sgt.. ni baru lega sikit.. Kerja2 tertangguh dah selesai.. Alhamdulillah...
Ok.. untuk rekod K, semalam K dgn rasminya cuba Herbalife F1&F3... K minum pagi pukul 8 sekali dan tghari pukul 2 sekali.. Pagi K blend dgn susu kambing HR+kurma.. Tengahari lak K blend dgn buah epal..malam k makan 2 sudu nasi+sup sayur+ikan kembong sebelum pukul 8mlm dan minum air 1.5 L sepanjang hari.. 
Arini K tak sempat minum sbb terlepas waktu sahur.. hehe.. Actually K cadang nak puasa Isnin-Jumaat setiap minggu.. sampaila bulan puasa.. Insya'Allah...Teringin nak selim melim raya ni.. tp, teringin jgk nak raya 'bawak perut'.. :) hihi~ Progress berat K pg semalam, maintain je.. tak de penurunan lagi.. since yg turun 1 kilo tu.. Sbb K kantoi makan... haha.. yaa...i love FOODS... So, tunggu hujung bulan ni K update progress berat badan K mcmana.. mengkagumkan atau tak.. huhu~ harap2 struggle K membuahkan hasil...
 Untuk perjalanan TTC K, sekarang ni K dah CD33.. Cramping perut nak period dah terasa since Sabtu aritu.. tp, belum keluar2 lagi periodnya.. hehe.. Actually K ada ambil Clomid cycle ni, tp, K tak pergi cek pun CD10 and so on.. sbb ada halangan yang tak dpt dielakkan... So, sekarang ni K tgh tgu period nak ambil clomid balik.. K nak proceed IUI #3, Insya'Allah.. K dah pun berbincang dgn hubby pasal perjalanan TTC kitorang ni.. Pasal bila nak buat IVF kalau tak berjaya conceive jgk.. My hubby ckp kalau nak buat, maybe next year.. (mungkin itu jwpan utk istikharah K..) 
Bila K ckp thn depan umur masing2 dah 30.. Muka hubby K dh kerut2.. Pastu K pun kira balik... alahai... salah kira la.. thn ni K 28, thn depan 29... belum 30 la.. hehe.. sorry, info untuk last entry ari tu salah... Anyway, thanks ye kawan2 semua yang bg feedback untuk entry tu.. semuanya sedikit sebanyak membantu K dlm membuat keputusan ni..
Ok, itu je K nak update kali ni... see ya!!


p/s: Tengah planning nak celebrate Birthday hubby K 17hb ni mcmana.. huhu~ nak bg hadiah apa ni?

Photobucket

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...