Showing posts with label Rawatan Kesuburan Hospital Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Kesuburan Hospital Kerajaan. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Confirm..

First of all, terima kasih atas concern semua yg jengah blog kerdil K ni.. and thanks jgk atas suggest kawan2 utk re-test UPT di ruangan komen entry sebelum ni.. Actually.. K memang pun cadang nak re-test on 17DPIUI,Sunday.. tp, belum smpat masuk ke 17DPIUI, Cik P dah datang menjengah... Sabtu around 11pm camtu dah pun sampai cik P tu...hehehe... kali ni tak da spoting spoting... terus keluar merah dan mencurah2 je.. opss... sorry.. TMI.. alhamdulillah, tak de senggugut langsung.. Maknanya, IUI #3 K, officially FAILED! K mengaku... Agak sedih kali ni... tp, K redha dgn keputusan ni...
 Dah biasa failed kan? :)
 Tp, semangat untuk terus bertreatment masih belum patah... Will fight till the end.. Insya'Allah...
So, arini K consider as CD2.. Pagi2 K dah tercongok kat klinik O&G spital Ipoh.. Seperti biasa TVS untuk check 'keadaan'  kat dalam sana.. Dalam hati masa tgh TVS tu, ada wish jgk la.. Kot2 kali ni ada DOT ke... tp, tak ade... hehehe... masa tu saja berangan, manala tau K ni bunting pelanduk ke... hahah...perasan okeh! untuk rekod, TVS arini, kt ovary kanan ada 15 follicles kecik2... paling besar 1 saiz 5.4mm camtu...dan sebelah kiri 13 follicles kecik... paling besar 4mm.. Itulah dinamakan PCOS..
sista2 kecil di kantung ovary.. :) terbaca info ni di laman web Indonesia.. 
Arini k consult dgn Dr. Ashikin.. Lepas dah selak2 fail, tanya sikit2... Dr tanya tak nak cuba IVF?
Ntah mcamana mulut K laju je jawab, NAK lepas raya.. Actually, K memang ada smbang2 dgn hubby pasal ni, hubby K yg suggest after raya... :) tp, K tgh pikir2 lgi.. rasa mcm nak buat thn depan.. tp, tu lah.. mulut ni ter.... lak.  Dr Shikin mcm terkedu dgr jawapan K... K pun terkedu.. tp, still cover la.. terlajak kata tak dpt nak undur kan? pastu dia terang pasal kos2...pasal prosedur IVF semua... ada gambar2 semua.. K tanya itu ini... dan finally, Dr Shikin bg IVF planner kat K, dalam perancangan IVF akan dibuat cycle selepas raya...
ada lagi 2 bulan lebih kurang utk prepare MENTAL & FIZIKAL...
persoalannya... mampu kah?


huhuhuhu...

Thursday, June 6, 2013

Result IUI #3

Dalam pada duk berkira2 nak buat UPT ke tak..

Akhirnya... K dah pun buat UPT... siap guna digital Clearblue tu... 

Sbbnya, K tak nak berjuling2 mata... tgk T line ada ke tak da.. hihihi~ 

So, keputusannya adalah...............












BUKAN








TAPI







DAN






p/s : pic credit to Google..

Hehehe.....

Monday, June 3, 2013

Currently 11DPIUI..

Pejam celik pejam celik, arini dah 11 hari selepas IUI.. Kalau ikut history K sebelum2 ni, K akan period on 17DPIUI... which mean lagi 6 hari...tp, ikut kata nurse kena tunggu sampai 21DPIUI baru leh wat UPT kalau tak period.. Rasanya selepas 17DPIUI kalau tak period, K dah nak wat UPT.. boleh tak gitu? hehe... Duphaston K baru masuk kotak ke2.. ada yg terskip... last week K busy ke sana ke mari buat aset.. K rasa IUI kali ni la yang K langsung tak da peluang nak extra good care macam sebelum2 ni.. Sehari selepas IUI, K busy mencari barang2 untuk kenduri aqiqah baby Hajir.. lepas tu sibuk dgn kenduri esoknya tu, Sabtu...Ahad lak pg2 dah gerak ke Bukit Mertajam melawat bpk sedara masuk wad.. lepas balik dari spital tu, petang dah gerak balik ke Ipoh... Ari Isnin kerja... dari Isnin sampai ke ari Jumaat, K busy sgt, menyiap2 kan kerja2 dokumen aset..Ke hulu ke hilir mengusung fail... Sabtu K ke Manjung ada kenduri kawin... Semalam lak pergi kenduri kesyukuran mak sedara hubby, dekat Ipoh.. Langsung tak sempat nak pikir 2WW.. minggu ni dah nak start wat hantaran tunang adik ipar ujung bulan ni.. Semalam jgk dh siap2 beli barang deco hantaran.. 


p/s : semalam ada sepupu hubby kena hentam kat kenduri sebab dah setahun lebih kawin belum pregnant...K dgr2 je org duk sindir dia, hati ni rasa panas je.. tp, malas nak ckp apa2 sbb K tak rapat sgt dgn sepupu hubby K ni.. tp, K tgk dia, dia senyum.. senyum yang hanya TTC yang faham.. Last masa nak balik, K genggam tangan dia and ckp kat dia, "Jangan risau, rezeki kita Allah bg tak lama lagi.."  
masa tu rasa kesian sgt kat dia..sbb dia jenis tak berani nak lawan balik kata org.. K nak dia tau yang K ada untuk kongsi rasa dgn dia.. Insya'Allah lepas ni K akan cuba rapat dgn sepupu hubby K ni, dan bg dia semangat..

Friday, May 24, 2013

3rd IUI: Paling sakit!

Alhamdulillah.. semalam K telah selamat menjalani IUI kali ke3.. IUI selepas 43jam suntik trigger release telur.. IUI kali pertama Dr. lelaki yg buat.. Nurse ada gitau K, last patient yg Dr ni buat iui bln Mac aritu berjaya conceive.. ok.. K teruja jgk la.. masa tu ada rasa sedikit confidence.. tp, dlm hati K tetap igtkan diri K utk tidak menaruh harapan yg sgt tinggi.. Yelah.. bukan Dr yg tentukan rezeki kita kan? tp, Allah SWT.. IUI kali ni K rasa IUI yg paling sakit.. Sebenarnya selama ni K memang terasa yg pintu serviks K ni ada something tak kena.. akhirnya, semalam terjawab la persoalan K selama ni.. Dr maklumkan yang pintu serviks K mengadap ke atas sedikit.. dan laluan serviks jadi sukar.. dan yang K rasa sakit masa buat IUI tu sbb dia tarik pangkal rahim K ke bawah supaya dia dpt masukkan alat suntik sperm ke ruang paling dlm rahim & he really did it! K dpt rasa.. IUI selesai pukul 4.05pm dan pukul 4.30pm K dh boleh bgn dan balik rumah.. hubby K amik ubat Duphaston kt farmasi... K kena makan sehari 3 kali.. sebiji-sebiji..pkul 4.45 baru dpt balik.. sepanjang perjalanan balik, K baring je di seat belakang.. sampai rumah dlm pkul 5.30pm mandi dan solat asar semua.. pkul6.30 kitorang gerak balik kampung.. lebih kurang 3 jam perjalanan.. dan pg td K bgn nak subuh, ada stain di underware.. K pasti tu bukan period.. maybe pendarahan masa buat IUI tu baru nak keluar.. so, K solat mcm biasa.. arini masih terasa sengal2 ngilu2 tu..



Ni la katil tempat prosedur IUI dilakukan

 Peralatan yang digunakan hanya sekali.. lepas pakai terus buang..

 Ni stok Dhupaston yg K dpt.. Masuk yang ni K ada 5 kotak semuanya.. expired 2017..huhu~


Dan dalam perjalanan balik kampung semalam, tetiba baby Hajir utk pertama kalinya gigit jari ibu kaki dia.. 
Hehe.. kononnya kalau baby buat camtu sbb nak dpt adik.. eisyy.. kalau la boleh pakai statement tu... kan best!


Tuesday, May 21, 2013

TTC Update : IUI #3

Insya'Allah... ari khamis ni K akan lalui pengalaman IUI kali ke3... sekarang ni K CD12.. So, td  TVS ada 1 follicle je yang cukup matang... Sebelah kanan, saiz 22.4mmX17.5mm dan tebal dinding rahim 6.4mm sahaja... Alhamdulillah, K arini dpt consult dgn Dr. Tham.. Gynea paling pakar di Hospital Ipoh.. hmmm.... trigger kali ni K tak diberikan Ovidrel mcm sebelum ni.. K dpt Pregnyl 5000iu..but Dr. Tham tak bg K cucuk sendiri.. K kena pergi klinik 1Malaysia yg berdekatan dgn ubat tu dan minta nurse situ tolong cucuk kan pukul 9pm ni(selasa).. Pregnyl ni kena suntik kat montot.. oucchhh... huhu~ sakit sikit kalau nak bandingkan dgn cucuk ovidrel..
Strategy Dr. Tham kali ni memandangkan uterus lining K tak berapa tebal,prosedur IUI akan dibuat waktu petang jam 4pm.. sebelum pukul 2pm kena ada di hospital..
Harapan kali ni, K memang inginkan keputusan positif... Tp, K serahkan segalanya pada ketentuan Allah swt.. Actually, K risau jgk nak mengharapkan tinggi2 utk IUI kali ni.. sbb ari K buat IUI tu, malamnya K akan gerak balik kampung K kat Kedah..Sbb Sabtu ni nak buat kenduri aqiqah Baby Hajir.. Org ckp kalau boleh avoid travelling selepas IUI.. Walaubagaimanapun, rezeki semua kuasa Allah.. kan?
Kun Fayakun.. 

Ni ubat Pregnyl tu... alas nak rotate... esokla K rotate... 

Ni notes Dr Tham tulis suh bg kat staff klinik 1 Malaysia tu... hehe... pun malas nak rotate... 




p/s: IUI kali ni 100% free.. Dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan.. Alhamdulillah...


Photobucket



Monday, February 25, 2013

The RESULT..

Currently K CD3 arini...Ye.. IUI #2 K failed... Cik P menjengah pada 17DPIUI @ CD31.. K rasa dah semakin faham dgn sistem tubuh K..
selepas IUI, K tak leh pakai istilah 2WW... K kena guna 17DW (days wait) , K reka senirik... heheh...
Anyway, K dah pun ke o&g td untuk jumpa doktor.. Selepas di scan, masih ada byk folicle di ovary kanan k.. Paling besar saiz 10mmX10mm... Doktor suruh K rest makan ubat bulan ni, sbb nak restkan ovari K... next cycle baru buat next IUI..  This cycle Doc suruh try natural dulu..
jadinya, K kena ber OPK la cycle ni untuk mencari 'O'...  
Berkenaan rahim K, K dah tanya dkt sister yg scan K, dan dia cakap rahim K elok je, tak ke belakang dan tak terbalik.. dalam screen scan tu gambar rahim K macam gambar bawah ni... K pun tak sure betul ke macam ni rupa scan normal uterus..

credited: Google

Photobucket

Friday, February 22, 2013

Salam Jumaat - 16 DPIUI (CD30)


K recently baru dpt tahu 2 org kwn K yang keguguran 1st pregnancy dorang, masing2 dah conceive balik... Alhamdulillah... Rezeki Allah SWT beri pada mereka... Sekejap je digantikan yang telah pergi tu.. K doakan mudah2an pregnancy dorang kali ni sihat2 dan selamat sehingga melahirkan... 
Insya'Allah... lepas ni rezeki kita lak akan sampai... 
K sekarang ni berserah segala2nya pada Allah... Doa K masih sama...
Minggu ni K agak terasa macam lambat sgt bergerak berbanding 2 minggu sudah...
dan perasaan berdebar2 ni sgt menyebabkan diri K amat tak selesa.. hehe... 
Sebenarnya, memang tak boleh nak buat tak tahu je... 
tak dapat lari dari rasa berdebar2 nak tahu keputusan setiap kali hujung cycle kan?
 tp, kali ni, Alhamdulillah... K dapat kawal nafsu K dari wat UPT..
walaupun perasaan ingin tahu tu membuak2 sgt dah... 
Hubby K dah pesan suh buat UPT kalau konpom period tak datang.. 
So, sekarang ni K just tunggu je la... follow ckp suami K... 
Nanti jatuh derhaka lak jadinya kan kalau tak dpt izin suami? :P
Apa yang boleh K buat sekarang, jaga makan, pergerakan dan perbuatan... 
Dan yang paling penting bersiap sedia mental dan fizikal untuk hadapi sebarang keputusan...
Photobucket

Tuesday, February 19, 2013

TTC Update


Hm... nothing much to update about my current cycle .. 
I feel no symptom at all... no period pain, no cramping, no sore boob etc.. 
Nothing i feel from the beginning till now ...compared to my 1st IUI... I do felt them.. 
 I'm currently at 13 DPIUI - CD28.. Tomorrow is exactly the day, my AF should show her face but it maybe will delay for 1 or 2 more days.. UPT test haven't done yet, not even buy any actually.. haha..
Just wanna wait and see for the result, period or not? If not, then, we'll test whether BFP or BFN?
eh, apesal dok skeaping london ni? tetiba lak... Sorry kalau ada salah grammar atau ada salah wording di situ... Harap dapat betulkan untuk K.. heheh.. dah lama tingal english.. saja nak asah2 balik...
Oklah.. tu je yang terkini update untuk IUI #2.. hmmm....2WW kali ni tak terasa sgt panjang, maybe sbb cuti aritu kot.. rase sekejap je dah sampai ke hujungnya... Tp, kalau 2WW bertambah menjadi 3WW macamana? kalau betul akan jadi 3WW, mungkin akan terasa lama untuk tunggu lagi seminggu ni.. hehe...
Persoalannya?? positif ke negatif?? berhasil ke tak??
K no komen...mcm artis lak..sebenarnya tak nak expect ape2.. Just nak go through the journey... 
kalau ada, ada lah... kalau tak ada, tak ada lah... Semua ketentuan Dia kan?
uikksss.... bunyi macam pasrah je kan? 
no no no, K cuba utk REDHA dgn semua ni...
Insya'Allah, K percaya pada rezeki yang Allah tetapkan buat K...
Photobucket

Thursday, February 7, 2013

2 WW + CNY+ Kenduri+ Balik Kampung

Semalam K dapat MC, arini K kerja.. MC dpt sehari je.. Nasib baik IUI kali ni perut K tak cramp lgsung mcm yang 1st dulu..ok lah dtg kerja pun just buat kerja2 kat tempat duduk je... 

So, arini bermulalah 2WW untuk IUI #2 ni... 2WW yang akan di penuhi dgn travelling... Malam ni, my parents, abg+wife+baby Leeya, and my youngest sis akan sampai dari kampung.. Ari Sabtu, kitorang nak ke kenduri sedara di Serdang.. pegi kenduri balik hari je.. hari Ahad kitorang akan gerak balik  ke kampung... Rabu baru balik sini... So, tak dpt nak rest lebih2 la nnt...K just dapat jaga permakanan dan pergerakan je la kali ni.. Kalau ada rezeki tak ke mana kan? Kalau tak da rezeki, jaga macamana pun still tak da rezeki kan? huhu~ just nak motivated diri agar tak terlalu berharap... walaupun sebenarnya K agak lebih mengharap IUI kali ni berjaya berbanding IUI first dulu.. This is my last chance untuk lahirkan baby sebelum Baby Hajir umur 2 tahun. 2WW kali ni K tak de UPT.. eh, bukan tak de tp, tak beli lagi... K tgu bila tiba masa yg sesuai, baru K akan beli.. 

Photobucket

Wednesday, February 6, 2013

IUI #2 done

Alhamdulillah.. K dh selesai buat IUI pkul 1pm td.. K org ketiga (terakhir) yg wat IUI arini.. pengalaman buat IUI di GH dan private.. sgt2 lah berbeza..nnt bila2 K up entry pasal perbezaan ni ye?ape2 pun, alhamdulillah.. IUI kali ni takde spot darah after prosedur di jalankan.. sakitnya sama mcm IUI 1st dulu.. sakit yg boleh ditahan lagi.. Husband dibenarkan berada dlm bilik prosedur sepanjang prosedur di jalankan.. botol sperm yg dah di cuci kitorang yg pegang sendiri sampaila time doktor mintak..hubby siap pegang botol sperm tu.. pastu ckp kt sperm tu ikut muka dia..hehe..
tp...ada sesuatu yg menganggu fikiran K kali ni.. Dr. yg buat IUI K ni cakap there is something about my uterus.. katanya dia susah nak masukkan tiub ke dalam rahim and suspect my uterus is a bit ke belakang..dia ada tanya masa scan dorang ada tak bgtau rahim awk ke belakang sikit? Setahu K dh 3 tempat yg penah K scan bgtau kedudukan rahim K cantik dan baik je.. bukan sekali dua K duk wat TVS and scan perut..tp.. dh berpuluh2 kali kan? masa review result HSG pun, doktor ckp everything kat rahim and my tube  is ok.. the problem is I have PCOS only.. even penah sekali K mengurut pun, makcik tu ckp kedudukan rahim K elok je,cuma kilang telur malas sikit.. so.. sekarang hati ni mcm konpius sikit.. my husband pun ada tanya pasal rahim ke belakang ni.. dia pun pelik selama ni duk turun naik spital and klinik tak de pun yg ckp rahim K ke belakang..semua ckp ok.. tak sabar next visit nak clearkan dgn my gynea tentang hal ni..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 15, 2012

Another visit to O&G...


Akhirnya, tadi, K dgn berat hati sekali lagi ke klinik O&G General Spital sbb K masih having my mens till today... K berat hati sbb K tau, K akan dapat pil perancang... And it's true.. Doc gave me 1 month supply of pills which is at first Doc nak K ambil untuk 3bulan and he ask me to consume Metformin as well.. Actually, arini K jumpa Doc pakar IUI & IVF kat Spital Ipoh ni, Dr. Tham.. Lepas sembang2 dgn Doc pasal period K ni, Doc tanya berapa lama kawin semua..Lepas tu, lama jgk Doc terdiam.. but akhirnya dgn nada yang sgt perlahan and sebut ayat pun slow2, Doc suruh K stop everything dulu and start ambil pil perancang untuk 3 bulan...K rasa mungkin Doc tahu apa yang K rasa that time.. K just mampu angguk je... airmata K pun dah bertakung.. Dah la dtg check sengsorang arini.. K tanya kt Doc, "So, i've to wait till next year lah Doc?" Lepas je K tanya soklan ni, airmata K dah tertahan dah...Tup2 pipi dah rasa basah je.. Tak tau nak cakap macamana perasaan K that time.. Tp, seriously, K respect Dr. Tham, dia siap pujuk K dgn bg kata2 semangat kt K.. Ambil tisu untuk K lap airmata.. Bagi K, Dr. Tham betul2 memahami perasan TTCian.. dan dia betul2 nak kita kuat & terus berusaha sampai berjaya.. itu kalau nak compare dgn Doc2 yang penah K jumpa sbelum ni la..
Ok, berbalik pada cerita kat klinik, lepas dah lap2 airmata, Doc cakap, dia just bagi 1 month supply je pil perancang tu, next month dtg period, day 2 dtg klinik balik and mesti makan Metformin.. sehari 3 biji... dan Doc dah siap2 cerita apa kesan ubat ni kat badan K nnt.. Doc suh K kuat dan tahan effect2 tu selama K consume Metformin ni... 
K hanya mampu senyum kelat dan angguk... "ok, doc!"


ni la pil perancang yang K dapat dari pharmacist, tak silap K, Doc ada cakap macam nak bagi Diane 35, tp, K dpt Estelle 35 dari pihak farmasi, setelah di google, kandungan ubat ni sama je dgn Diane 35 dan jugak Sucee yang K dapat sebelum ni dari klinik private

Ni plak Metformin untuk sebulan, semua sekali ada 90biji, will start consume tommorrow morning.. besar tul ubat dia.. lagi besar dari panadol... huhu~

Photobucket


Monday, October 8, 2012

Visiting O&G GH...

Ari Jumaat aritu, K terlintas nak ke O&G General Spital selepas hampir 3bulan tak pegi.. Masa tu K cd11, K actually nak tanya pasal period K dah makin celaru ni.. After TVS, jumpa Doc.. Sembang2 dgn doc... Doc gitau telur tak besar..  Pastu Doc tanya, pasal diet dan lain2, tup tup Doc tanya, "acid folic makan tak?" K cakap makan, even kekadang terskip.. Pastu, Doc tnya lagi, "ke awk ada makan apa2 lain kot? Awk ada makan Biodex ke?" Masa tu kalau toreh muka K memang tak keluar darah.. Huhuhu~... pastu K senyum, K cakap, ada tp bukan Biodex, K gitau, masa bulan pose tu K makan Qaseh Dinda, K bagi reason, dalam tu ada kurma.. Pastu, Doc nasihat K, "kalau nak treatment dgn spital, stop ambil all those things... jgn campur2.." Doc tanya jgk, kalau2 K ada makan apa2 lagi, K cakap la, K mkn Multivitamin, EPO, Cord Liver Oil & New Obimin... Then, Doc tu reply, "kalau nak makan vitamin2 tu tak pa, tp, tolong ye, jgn makan yang lain2 tu, stop sekejap sepanjang treatment ni." Lebih kurang macam tu la Doc tu ckp.. 
Lepas tu Doc suruh K datang balik arini ni iaitu cd14 utk TVS tgk kadar pembesaran telur.. And tadi K dah pun pergi scan, telur tak membesar... Igt Doc nak bagi ubat something like pil perancang or anything utk curekan period, tp, tak, Doc tu bagi bekalan Clomid 50mg 5 biji dan suruh K makan cd2-cd6 untuk next cycle.. K macam konpius and ask Doc tu balik, maksudnya, next period kalau ikut kan maybe within this week.. Doc ckp, "yes, lepas berhenti yang ni datang je balik,even spotting, day 2, makan Clomid, pastu day 10 datang TVS ye? kalau telur cantik, terus buat IUI."


Note: Nasib Pil Sucee yang K dapat dari klinik swasta aritu, K belum makan lagi.. Ntah la, instinct K kuat suh K jgn makan... Huhuhu...Boleh ke macanm tu?
Photobucket

Thursday, September 13, 2012

Boleh tak kalau nak surrender?

& just let it comes itself? Rasa betul2 down sekarang ni... asalnya, semangat dah mari, tp, Cik P lak wat hal... Nak menangis tp, terpaksa ditahan...  Mujur lah ada blog ni untuk luahkan rasa.. Ada juga yang sudi baca dan ambil peduli.. Ada juga yang ingin menyelami rasa dan beri pandangan.. Walau mulut berkata "aku kuat" tempuhi semua ini, namun, hati tetap tak dapat menyagkal perasaan yang gundah ini..
Sorry, K agak emosional skit hari ni... K, tak tau apa yang terbaik utk K lakukan sekarang ni.. Hari ni CD15, K dah period balik... K call O&G nak tanya pasal ni, nurse cakap tak leh teruskan clomid kalau mcm ni, K kena betulkan period dulu baru continue clomid...entah berapa lama nak ambil masa, K tak pasti.. Bulan 12 ni, genap 3 tahun K kahwin... dan genaplah, setahun K bertreatment dgn spital..

hmmm...K nak mintak pandangan kawan2 antara 4 perkara ni, which one yang korang akan buat, kalau korang berada di tempat K?

1- Biarkan semuanya berlalu, tak payah treatment, tak payah jumpa doktor & tak payah makan apa2 ubat.
2- pergi treatment, betulkan period yang tak betul ni. Then, kalau dah ok, baru continue clomid.
3-Lupakan hal2 nak pregnant ni, makan ubat rangsang hormon prolaktin & just concentrate untuk keluarkan susu for Baby Hajir. (Maybe lagi susah nak pregnant kalau hormon prolaktin dah tinggi dlm badan kan?)
4-Try berubat makan akar kayu yang pernah sepupu suggest kan? dia dah try Alhamdulillah dgn izin Allah, dia dah hamil after 5 years TTC...(K tak berapa yakin, kalau tak yakin camno nak berhasilkan?)

Please2 kawan2 bg la suggestion pd K..  tak pe, just leave komen no 1, 2, 3, atau 4.
K betul2 buntu sekarang ni..

thanks in advance..



Tuesday, September 11, 2012

Tergendala~~



Huhuhu... Akibat timing 1st period yang tak kena,  
tergendalalah hajat K nak ambil Clomid cycle ni (dan maybe wat IUI)... 
K 1st period ari Khamis malam, 30hb Ogos.. esoknya Merdeka, spital cuti...
Ari Isnin baru start keja balik... masa tu dah CD5... 
Maka dengan relapaksanya, kena tunggu next cycle untuk amik Clomid... 
This cycle just amik supplement Qaseh Dinda.... 
tak tau la keberkesanannya macamana...
Apa-apa pun, period K yang panjang2 tu dah makin pendek walaupun masih panjang dari kebiasaannya... cycle kali ni 12hari dan hari ni K baru betul2 bersih... Alhamdulillah... sempat nak kejar puasa dlm bulan Syawal yang tinggal seminggu lagi ni... K baru dapat 4hari...
oh ya... K start semalam dah berOPK... result -ve... 
Harap2 dapat bertemu dgn ovulation day cycle ni...heheh...
Whatever it is, walau tanpa Clomid, 
K yakin telur2 K akan membesar dan berovulasi cycle ni... Aminnn...
Mudah2an Allah perkenankan... 




Kita kena yakin dgn Allah kan? Hmm... teringat nasihat sorang kawan, dia ade kanser, dah buang sebelah ovari... lepas 6 bulan kawin, alhamdulillah, pregnant sedangkan doktor cakap dia hanya ada 40% camtu je  nak getting pregnant... tp, dia selalu ckp dan pesan kat K & kwn2, kita kena selalu yakin dgn Allah dan sentiasa bersangka baik dgn setiap yang Allah tentu kan untuk kita...dia dh buat camtu.. dan dah nampak hasil.. Sel kanser dlm bdn dia pun dah kurang, baby yang dia lahir pun sihat dan comel sgt...

Photobucket

Thursday, July 5, 2012

TTC Update...

Dalam post K sebelum ni, K ada cerita yang period K tak datang2... Akhirnya, 17 Jun lepas period K pun menjelma menjadikan cycle day seblum ni 56hari... Tapi, untuk cycle baru ni plak, period K datangnya sikit2 dan berlarutan sehingga hari ni, dah 19 hari dah pun... Rasanya maybe sebab suntikan depo-provera dan ubat yang Doc bagi masa bulan 5 ari tu...hehe.. pepandai je K ni...

Oh ya, last week K pergi ke spital untuk review result HSG k... Seperti yang K dimaklumkan masa hari K wat HSG tu, tiub K alhamdulillah tak da masalah... Memandangkan hari appointment tu K tgh CD13...Doc suruh K scan tgk saiz folikel...Lepas scan, doc ckp telur K tak besar... just 5-6mm je... hehe...kecik je... so, hari isnin dia suruh datang scan lagi, nak tgk tahap pembesaran telur K tanpa ubat...

Jadinya, 2 Julai tu, K pergi ke spital balik untuk scan, telur K membesar dalam 7 - 9 mm je... So, Doc cakap tak de choice memang kena amik Clomid next cycle... Doc ada bagi Duphaston untuk makan pada CD50 ke atas sekiranya period K tak menjelma dan tak pregnant... Doc cakap, lepas raya baru K continue treatment... proceed ke IUI...Doc sempat cakap dgn K, tak pe dapat pose penuh tahun ni... pastu dia senyum... K pun senyum... betul jgk... alhamdulillah....

K ada tanya Doc apa sebenarnya masalah K...Lepas dia check fail K, doc cakap, maybe berat K lebih sikit dan dia suruh K diet.... heheh... memang macam apa yang K pikir selama ni...K bukan tak cuba diet, tp, sebenarnya, K dah cuba... 2 bulan diet, baru 2 kg turun...huhuhu~ macam letih je...Ape2 pun... K akan cuba alternatif  lain... K memang nak turunkan berat badan pun, sbb banyak baju dah tak muat...  =)

 ::::.... Tahniah kepada geng2 TTC yang dah berjaya hamil.... :) Semoga selamat dan sihat sehingga melahirkan....aminnn...
Pada yang masih belum berjaya, K sentiasa doakan masa kita akan sampai kelak... Insya'Allah... Jangan putus harap dan usaha...:::::




Photobucket

Thursday, May 3, 2012

HSG - Full story+Result

Sebelum K mulakan story, K nak maklum siap2 entry ni agak panjang ye... :)

K selamat wat HSG Xray semalam 2hb Mei 2012.. K sampai spital kul8.30am... K patient ke2.. Kul 9am baru dorang start buat Xray... So, dalam 9.30am giliran K... sebelum tu ada sorang staf lelaki muda, rasanya macam muda dari K...datang tanya K ada alahan apa2 ke..last 1st day period bila..tau tak apa prosedur nya..K pun jawab la...apa yang K tau... Pastu dia cakap, tak pa japgi doktor akan terangkan dengan lanjut... ada staff nurse kat dalam... 

Dekat2 nak smpai turn K, ada sorang lelaki agak muda, maybe lewat 20-an atau awal 30-an camtu panggil K sambil pegang fail K.. dia terangkan prosedur2 nak wat HSG... Masa tu baru K tau rupanya dia yang akan buat HSG kat K nanti.. dia gitau sekarang patient kat dalam tengah tukar baju.. nanti, patient tu keluar, dorang akan panggil K... K tak tau nak cakap apa perasaan K, apa yang K tau, K takut and malu sangat... rasa macam nak balik tak mau buat... lepas tu K pegi duduk balik kat hubby K... Hubby K tanya tu ke Doc yang nak buat tu? K pun jawab.. yup... masa tu K tgk muka hubby berubah skit, K rasa bersalah sangat kat hubby.. K sempat mintak izin dan mintak maaf kat hubby.. hubby pegang tangan K kuat2... rasa nak menangis dah masa tu.. K tanya dalam hati, kenapa K kena lalui semua ni? 

Tak lama pastu, staff yang mula2 dtg jumpa K tu, panggil K masuk... Dalam hati K, takkan dia ni pun akan ada masa K nak wat HSG tu? Lagi la tak selesa hati K masa tu... berat je kaki ni langkah masuk... Staff tu suruh K salin baju Xray kat bilik salinan..pas dah salin, K keluar K tengok ada sorang staff nurse, dan sorang budak pompuan muda dari K, maybe dia juru X-ray pelatih kot...diorang suruh K baring, dan selimut K... budak pompuan tu cakap sejuk kat sini.. K senyum ja.. tak lama pastu, Doc laki tu datang, staff laki tu pun ada.. masa tu K tak tengok sapa2 dah... K tengok mesin je.. pastu bila Doc tu cakap nak mula, staff nurse tu suruh K bengkok kan kaki...selak kain K ke atas..pastu tutup kaki K dengan satu kain hijau yang ada lubang macam orang buat operation tu..katil diorang naikkan..tinggi jgk la.. masa tu airmata K dah start mengalir... rasa sebak sangat...dalam hati tak abis tanya kenapa la kena buat semua ni...K baca ayat Kursi dan mohon Allah permudahkan urusan K..

Pastu Doc tu cakap, puan saya cuci ya... K tak tau apa maksud dia... tp, maybe dia lap Miss V dgn kapas beralkohol... Lepas tu Doc tu cakap, saya mula puan, pastu terasa la sakit skit masa tu, rasanya masa tu dia masuk kan Spekulum tu... masa tu K dah pejam mata tahan ngilu... tp, tak sakit sangat la kalau nak bandingkan masa buat pap smear dgn Doc Liza dulu... Lepas tu, Doc tu ckap kalau sakit bagitau, dia gitau dia nak masukkan alat suntik ke dalam rahim... lepas dah masuk, Doc cabut keluar spekulum tu dan kaki K di luruskan.. masa tu mesin scan di laraskan ke bahagian nak scan.. lama juga dorang adjust2.. masa tu baru K tau, yang staff lelaki tu rupanya tugas dia control dan monitor mesin Xray tu.. Dah ok mesin tu, Doc tu cakap, puan saya nak suntik dye, kalau tak tahan bagitau ye.. K diam je.. dari awal K baring, memang kepala K paling belah mesin je...

Pastu dengar Doc cakap dengan staff nurse gitau alat tu terkeluar.. pastu staff nurse tu datang kat K suruh bengkok kan kaki sekali lagi sebab alat suntik dye tu terkeluar nak kena masuk kan balik.. so, ulang balik, masuk spekulum tu...kali ke2 ni, lagi terasa sakitnya.. sampai K terasa badan K menggigil..lepas dah masuk kan alat tu, diorang betulkan alat scan, Doc tu cakap puan, sekarang saya nak suntik dye ye.. tahan sikit k.. masa tu jgk K terasa kaki K kena usap... K sempat kerling tgk sapa lak yang duk usap kaki aku ni.. tengok2 staff nurse tu rupanya...huhuh... maybe dia nak reda kan perasaan K..terasa la ada benda msuk kat perut, rasa dia tak tau nak cakap macamana.. rasa macam nak terb*r*k pun ada.. memulas je.. cramp pun ada...lepas tu start la scan... ada la beberapa kali lampu scan tu menyala... pastu... Doc tarik keluar alat tu... then nurse tu cepat2 tarik kain K.. pastu, turun kan katil... 

Pastu Doc tu datang sebelah K dan tunjuk monitor kat K.. Doc tu gitau, puan, kalau kita tengok di sini tiub puan tak de blockage... kiri kanan dye tu mengalir... tiub puan normal ye.. K tak pandang pun muka Doc tu, K tgk monitor je.. nak jgk senyum... tp, tak dapat sebab duk tahan rasa ngilu kat Mis V and cramp kat perut...K, just angguk je.. dalam hati Alhamdulillah, syukur sangat...Pastu staff nurse tu cakap dah boleh bangun, pergi bersih kat bilik air..dia ada tanya K ada bawak pad tak? K cakap ada... Lepas salin baju K keluar g kat hubby.. Hubby K dah tertido pun..masa tu dah kul 10.15 camtu... then, kitorang g klinik o&g untuk amik next appointment... rasa macam terkengkang2 je K jalan..hehe... 

Next appointment K 6hb Julai 2012... 2 bulan lagi...  lama kan?
Photobucket

Wednesday, May 2, 2012

HSG -Done!

Aduhai... serik rasanya... K dah pun selesai buat HSG pagi tadi, dan sampai sekarang perut ni masih tak selesa.. bergerak skit pun sakit sgt kt perut...rasa macam nak baring tak nak gerak2..  Next entry K cerita dari A sampai Z proses K wat HSG and resultnya...tak larat la nak taip panjang2 mlm ni...
Photobucket

Friday, April 27, 2012

HSG

Sekarang ni K cuba persiapkan diri untuk menghadapi 2hbMei...huhuhu...takut, risau, seram sejuk pun ada... K nak kena buat HSG dulu cycle ni sebelum teruskan Clomid... tp, cara Doc tu macam nak terus ke IUI... K pun tak pasti...semuanya bergantung pada result HSG nnt... Harap2 semuanya berjalan lancar...Semoga Allah permudahkan urusan K, aminnnn.......

Ceritanya, masa K period tu, K call spital cakap dah period, then, diorang suruh datang wat TVS... K pun tak sure kenapa... tengah Cik P duk mengalir tu jgk dorang nak wat... lepas scan, jumpa doc.. Masa sembang2 dengan Doc, Doc cakap kenapa tak wat HSG? Pastu, K cakap, Doc yg sebelum ni cakap try Clomid 3 cycle dlu pastu baru wat HSG kalau tak berjaya conceive... Then, Doc tu cakap, bulan ni nak continue Clomid ke nak wat HSG dulu... lepas K cal tanya hubby macamana, dan Doc pun suggest suh buat, sbb senang nak proceed IUI,  K pun agree nak wat aritu jugak K g ambil appointment kat bahagian X-ray.. lepas kira2 hari, orang yang bagi date appointment tu tanya 2hb5 boleh? K cakap je boleh... pastu K tanya dapat MC tak? ke K nak kena ambil cuti... Orang tu senyum pastu cakap, K akan dapat MC untuk hari tu... so,  K decide 3hb&4hb K nak apply cuti...nak rehat kat rumah... Hubby lak nak amik cuti 2hb & 4hb... Hubby susah nak ambil cuti direct 3hari, guru besar tak bagi... So, my hubby cakap nak amik cuti selang2... Alhamdulillah...approve...



Since K nak wat HSG cycle ni, Doc tak bagi K ambil Clomid... jadinya, Cycle K gunakan BBT dan OPK je untuk tentukan waktu subur... Memang tipis la harapan nak conceive bulan ni... K pun tak mengharap  yang K akan conceive bulan ni naturally...

Hmmm....K start makan EPO balik... tapi, K amik yang 500mg je...EPO keluaran Safwa...sbb K ni jenis kulit berminyak, dulu penah consume yang 1000mg, tp, tak tahan...then, K stop... K ada makan biji Habatusauda juga... malam K sapu Ginger Spa kat perut&ari-ari... Ginger Spa ni tersangat lah panasnya... ala2 macam Krim Mustajab tu...


...:::::mode:tak sabar nak balik kampung:::::.....

Photobucket



Tuesday, March 20, 2012

2nd Appointment: Result test..

 


Sambungan dari entri sebelum ni, so,  9/3/2012 aritu, K dan Mr.K amik cuti untuk appointment jumpa doc bincang result test2 yang di buat. K sampai pkul 7.45am, tu pun parking dah penuh. tp, nasib la keta kitorang kecil so, boleh la selit2 jgk. Alhamdulillah, dapat parking dekat dgn klinik O&G. Sampai je kat kaunter pendaftaran bagi kad. Then, tunggu nama dipanggil. Lepas nama kena panggil, K kena pegi satu lagi kaunter, rasanya kaunter pembayaran kot, ade staf kat situ, tak pakai baju misi pun tanya staf kerjaan an? ada bawa GL? then, bagi la GL tu kat dia. Lepas tu dia bagi nombor untuk jumpa doktor. Sementara tunggu turn, K dgn Mr.K pergi breakfast kat cafe. 


Sampai turn kitorang jumpa la dengan Doc, tp, Doc lain.. Doc pompuan Chinese jugak, tp, muda skit dari yang sebelum ni.. 1st question, doc tanya period akhir bila, K cakap la last 29Januari... Dia macam confius, so, last month tak datang la? K geleng... dia senyum, then cakap, "then, u pregnant la!".. K cakap la, "saya dah wat UPT 2 hari lepas, tp, -ve.." Doc cakap, test dulu...pastu dia senyum... aku pun senyum je la... So, aku wat la test..Memang -ve pun... 


Lepas dah tau result, kitorang pun bincang la pasal result test plak. Doc cakap, result CD2 tu ok dan K bebas dari kencing manis. Cuma Progestrone level K masa CD20 tu tak ok.. sangat rendah.. doc cakap sbab tu la period K tak regular dan susah nak hamil.. katanya,  progestrone ni la yang nak rangsang pembesaran telur.. Doc tanya K tak da buat HSG ke? K cakap tak de. Then, Doc selak2 kertas2 kat file K tu..K tanya pasal result semen Mr. K... Doc cakap ok...


So, di akhir appointment ni, Doc suggest nak cuba on dgn clomid untuk 3 cycle dulu... kalau tak berjaya, baru buat HSG dan mungkin wat IUI kot.. Memandangkan K belum datang period, untuk kali ni, Doc bagi Duphaston untuk turun kan darah period dan Doc bagi Clomid untuk 1 cycle.. lepas tu CD10 datang check telur..Seriously K rasa semangat lak dgn Doc ni, dia boleh think positif sedangkan K selalu je think negatif. K,  tanya kalau lepas makan Duphaston then, period makan Clomid... jadikan cerita lepas tu, K tak period, K, nak buat apa? Maksud K, sebenar, nak tanya kena datang ambil ubat turun period lagi tak? Tp, Doc tu cakap "then, I kena wish u Congratulations la, U mengandung".. pastu dia gelak..So sweet... Mr. K dah tersengih...K senyum and cakap balik kat Doc tu, "hopefully macam tu Doc".. Next, appointment CD10, tarikh tak tau lagi bila...kena tunggu period. Tapi, skarang ni ada big problem, period K tak datang2 lagi... arini dah CD52... tak on lagi la dgn Clomid ni...Ok, dah panjang sangat ni... see ya!daaaaaaaaa.....


Photobucket

Monday, March 19, 2012

Rawatan Kesuburan? sambungan lagi...

 

Baru terasa nak sambung ceerita pasal rawatan ni... okes, lepas dah siap wat pap smear, sembang2 dgn doc, doc bagi 4 borang.. dah siap isi... lepas tu doc explain la setiap satu borang tu untuk apa..

                                                borang 1 - Lh/Fsh - blood test pada CD2
                                                borang 2 - Progestrone - blood test pada CD21
                                                borang 3 - MGTT - test minum air gula
                                                borang 4 - Semen analysis untuk Mr.K

Semuanya kena settle sebelum date appointment 9/3/2012 tu... tunggu punya tunggu, period K datang on 29/1/2012 (ahad).. jadi, esoknya, K ke hospital untuk test darah utk borang 1..hubby pun buat semen test ari yang sama... untuk borang 2, K pergi masa CD20(jumaat) sbb CD21, ari sabtu, hospital tutup. Borang 3 pun K buat ari yang sama.. abis la sudah test2 darah yang K kena buat... dah tak da rasa takut dah dengan jarum..

Next entri K story plak pasal result2 test, and apa yang K bincang dgn Doc masa appointment 9mac tu.. salam....

Photobucket

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...