Friday, October 19, 2012

meh pilih... Nak kurus ke? Nak cantik ke? Nak lebatkan rambut?

K td terperasan kat facebook ada contest Pilih & Menang ni.. 



Korang leh klik je antara Yun Nam, London WM, @ NY Skin tu and pilih video yang orang suka.. K pilih London WM... pastu masuk details nama, ic, no. phone & email  pastu pilih cawangan berdekatan anda, tick masalah anda mcm dalam pic bwh ni... dan klik button hantar tu...

*klik gambar utk paparan lebih jelas

Ganjaran nya leh tgk kotak pink dalam pic kat atas tu... Setiap penyertaan akan dpt 1 sesi pelangsingan badan dan produk...(kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat tak ape) 
Kalau dpt hadiah utama tu lagi best... huhuhU~

Photobucket

Thursday, October 18, 2012

Kesan Ubat

Arini K nak share kesan ubat yang mula K rasa selepas 3hari...Ubat Metformin tu setakat ni melawaskan perut K, sehari 2 kali K membuang tp, tak lah 'berry-berry', selera makan makin kurang, tp,perut lapar, so, bila cukup time, makan jgk la sbb nak makan ubat.. makan pun dgn niat sekadar nak isi perut, kesedapan makanan dah tak terasa...Pastu rasa loya2 je tekak ni.. Pening pun ada gak..Rasa nak stop je kalau kesan ubat ni makin teruk... (Metformin ni ubat untuk kencing manis kan? semalam, K singgah umah MIL, dah alang2 singgah, K try la tgk ubat2 dia.. and, yes, MIL  pun makan ubat ni, tp, pelik K tgk tak de pun loya2 mcm K.. huhuhu~ maybe K baru makan tu yg ade effect kot..) 
Yang pil perancang tu, K dah makan 3 malam... malam pertama K makan, esoknya dah takde spotting... berkesan jgk ubat ni.. Kekadang terpikir nak stop makan kejap, nak tgk de tak Cik P menjenguk... Kalau tak ada, rasa macam malas nak continue jgk..Ok tak?? hehe.. Skang ni, K terasa macam byk sgt ubat yang terkandung dlm bdn K ni dan rasa sgt letih nak layan tekak loya2 ni.. Tekak pun dah rasa ubat.. 
Tu pun segala vitamin2 K dh stop ambil, since K start consume ubat2 ni..
Minggu ni K balik kampung... Raya Haji thn  ni raya sini..
Photobucket

Monday, October 15, 2012

Another visit to O&G...


Akhirnya, tadi, K dgn berat hati sekali lagi ke klinik O&G General Spital sbb K masih having my mens till today... K berat hati sbb K tau, K akan dapat pil perancang... And it's true.. Doc gave me 1 month supply of pills which is at first Doc nak K ambil untuk 3bulan and he ask me to consume Metformin as well.. Actually, arini K jumpa Doc pakar IUI & IVF kat Spital Ipoh ni, Dr. Tham.. Lepas sembang2 dgn Doc pasal period K ni, Doc tanya berapa lama kawin semua..Lepas tu, lama jgk Doc terdiam.. but akhirnya dgn nada yang sgt perlahan and sebut ayat pun slow2, Doc suruh K stop everything dulu and start ambil pil perancang untuk 3 bulan...K rasa mungkin Doc tahu apa yang K rasa that time.. K just mampu angguk je... airmata K pun dah bertakung.. Dah la dtg check sengsorang arini.. K tanya kt Doc, "So, i've to wait till next year lah Doc?" Lepas je K tanya soklan ni, airmata K dah tertahan dah...Tup2 pipi dah rasa basah je.. Tak tau nak cakap macamana perasaan K that time.. Tp, seriously, K respect Dr. Tham, dia siap pujuk K dgn bg kata2 semangat kt K.. Ambil tisu untuk K lap airmata.. Bagi K, Dr. Tham betul2 memahami perasan TTCian.. dan dia betul2 nak kita kuat & terus berusaha sampai berjaya.. itu kalau nak compare dgn Doc2 yang penah K jumpa sbelum ni la..
Ok, berbalik pada cerita kat klinik, lepas dah lap2 airmata, Doc cakap, dia just bagi 1 month supply je pil perancang tu, next month dtg period, day 2 dtg klinik balik and mesti makan Metformin.. sehari 3 biji... dan Doc dah siap2 cerita apa kesan ubat ni kat badan K nnt.. Doc suh K kuat dan tahan effect2 tu selama K consume Metformin ni... 
K hanya mampu senyum kelat dan angguk... "ok, doc!"


ni la pil perancang yang K dapat dari pharmacist, tak silap K, Doc ada cakap macam nak bagi Diane 35, tp, K dpt Estelle 35 dari pihak farmasi, setelah di google, kandungan ubat ni sama je dgn Diane 35 dan jugak Sucee yang K dapat sebelum ni dari klinik private

Ni plak Metformin untuk sebulan, semua sekali ada 90biji, will start consume tommorrow morning.. besar tul ubat dia.. lagi besar dari panadol... huhu~

Photobucket


Tuesday, October 9, 2012

CD15 - Masih Sp*tting...

Pagi td igtkan dah clear, tp, lepas lunch td gi toilet tgk ada setitik lagi.. huhu~ So, malam ni ada ke tak ada K dah kena mandi wajib dan esok dah boleh solat macam biasa. Hopefully, esok dah tak de titik lagi dah. Since bulan 7 aritu boleh dikatakan K hari2 pakai pad. Kira dah jadi rutin harian, dulu pakai pantyliner, sekarang pakai pad. Sampai opismate pun perasan K kerap beli pad. This month je dah abis sebungkus 20's pad tu. Selalunya 2bungkus 20's tu tahan 3 bulan kadang2, 4bulan.. Tp, sekarang ni 3bungkus untuk sebulan. =P  Apa nak buat kan? kalau ada cara natural yang boleh membantu keringkan flow cik P ni, mau jgk try... tapi, dah cuba search Tuan Google, tak de caranya melainkan makan ubat dari doctor.  hmm.. so, tunggu je la sampai abis minggu ni mcmana, kalau tak berenti jgk, terpaksa la K melawat O&G lagi..Dan follow apa cakap Doctor.

Photobucket

Monday, October 8, 2012

Visiting O&G GH...

Ari Jumaat aritu, K terlintas nak ke O&G General Spital selepas hampir 3bulan tak pegi.. Masa tu K cd11, K actually nak tanya pasal period K dah makin celaru ni.. After TVS, jumpa Doc.. Sembang2 dgn doc... Doc gitau telur tak besar..  Pastu Doc tanya, pasal diet dan lain2, tup tup Doc tanya, "acid folic makan tak?" K cakap makan, even kekadang terskip.. Pastu, Doc tnya lagi, "ke awk ada makan apa2 lain kot? Awk ada makan Biodex ke?" Masa tu kalau toreh muka K memang tak keluar darah.. Huhuhu~... pastu K senyum, K cakap, ada tp bukan Biodex, K gitau, masa bulan pose tu K makan Qaseh Dinda, K bagi reason, dalam tu ada kurma.. Pastu, Doc nasihat K, "kalau nak treatment dgn spital, stop ambil all those things... jgn campur2.." Doc tanya jgk, kalau2 K ada makan apa2 lagi, K cakap la, K mkn Multivitamin, EPO, Cord Liver Oil & New Obimin... Then, Doc tu reply, "kalau nak makan vitamin2 tu tak pa, tp, tolong ye, jgn makan yang lain2 tu, stop sekejap sepanjang treatment ni." Lebih kurang macam tu la Doc tu ckp.. 
Lepas tu Doc suruh K datang balik arini ni iaitu cd14 utk TVS tgk kadar pembesaran telur.. And tadi K dah pun pergi scan, telur tak membesar... Igt Doc nak bagi ubat something like pil perancang or anything utk curekan period, tp, tak, Doc tu bagi bekalan Clomid 50mg 5 biji dan suruh K makan cd2-cd6 untuk next cycle.. K macam konpius and ask Doc tu balik, maksudnya, next period kalau ikut kan maybe within this week.. Doc ckp, "yes, lepas berhenti yang ni datang je balik,even spotting, day 2, makan Clomid, pastu day 10 datang TVS ye? kalau telur cantik, terus buat IUI."


Note: Nasib Pil Sucee yang K dapat dari klinik swasta aritu, K belum makan lagi.. Ntah la, instinct K kuat suh K jgn makan... Huhuhu...Boleh ke macanm tu?
Photobucket

Friday, October 5, 2012

VC Aku Pencintamu


tgk la VC ni, dan korang akan faham kenapa K ckp K sedih bila tgk VC ni...walaupun ia sekadar lakonan, tp, sgt terkesan kat hati ini...   :'(
Photobucket



Thursday, October 4, 2012

4 years ago....

4 tahun lepas pada tarikh arini K dan Mr.K telah di tunangkan.. Hehe.. Alhamdulillah cincin tunang yang dulu agak longgar, sekarang ketat sikit masih bertakhta kat jari K...cincin tu kecik lak sekarang ni...huhuhu~

"Dear Abang,
Love u so much.. Thanks for everything. Anniversary kita yang ke-3, Disember ni, Ayang kasi surprise untuk abg k? Tp, sorry la tak dapat nak bagi "zuriat keturunan" untuk abang lagi tahun ni. Kita doa dan usaha untuk tahun depan lak ye? "

Photobucket

Hati tersentuh dgn Aku Pencintamu - Felix

Berikutan telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah semalam, dan minat dgn heronya, teringat nak cari2 kisah Beto Kusyairy ni.. K tahu dia dah kawin tp, tak tau dah lama mana kawin, dan K macam rasa diorang ni pun belum dikurniakan zuriat tp, tak sure.. So, nak cari info pasal ni, K terjumpa satu info yang mengatakan diorang wifey&hubby jadi pelakon VC Aku Pencintamu nyanyian Felix.. So, terusla K tgk.. End up, K rasa sgt sedih dan termengalir airmata ni...hati ni rasa sangat perit... sampai terketar2 badan.. Ya Allah, harap aku tak di duga lebih dari apa yang aku mampu..Tak dapat nak upload video kat sini, so, k share link je k? Sesapa yang teringin nak tgk klik link ni Aku Pencintamu.... tp, ni kat dlm youtube..kalau tak block dpt la tgk... nnt balik K upload video tu kat sini K?

Ok berbalik pada cerita Beto dgn wife dia ni, diorang masing umur 32thn, kawin awal thn 2008, masih belum ada zuriat. Apa2 pun K doakan tak lama lagi diorang akan dapat anugerah itu...

Ni antara words dari Beto dalam artikel ni  Popular cuma bonus


“Memang saya ingin menjadi seorang ayah kerana itulah yang kami berdua impikan sejak awal bercinta lagi. Namun hingga kini belum ada rezeki. Bagaimanapun saya dan isteri tidak mengeluh kerana setidak-tidaknya dalam usia perkahwinan yang masih baru seperti ini, dapat juga kami meluangkan masa bersama. Insya-Allah jika sampai waktunya nanti, kami berdua menerima dengan hati yang terbuka,” Beto




Photobucket

Wednesday, October 3, 2012

Tong Sampah pun Tong Sampah lah! Janji Sweet!


Td layan drama TV9, tajuk Aku, Dia dan Tong Sampah.. Walaupun tajuk tak berapa sweet, tp, cerita ni sgt sweet... Watak both hero & heroin sgt cute and sempoi.. Tersenyum je K masa tgk cite ni.. Rasa nak balik zaman bercinta dgn hubby... Nak2 masa 1st time dating.. sweet camtu lah..haha...perasan hokay..  Tp, kitorang tak la jumpa kat tong sampah... 1st time jumpa each other kat stesen bas.. Actually,dulu kitorang bercinta PJJ, masa declair couple pun melalui phone je after berteman SMS, CALL, 3 SECOND dan bersahabat PENA selama hampir 6 bulan camtu.. dulu kan takde facebook.. ini la cara nak berkomunikasi... Internet pun tak meluas lagi..  Masa tu tak terpikir pun akan bertahan sampai ke jinjang pelamin... Itulah yang dikatakan jodoh kan? Alhamdulillah... 


Mode: Teringat satu surat kisah pasal anak. Kitorang plan nak 3pasang anak, nama pun dah ada.. Nnt K update pic surat tu kat sini k, malas nak gi buka peti simpanan malam2 ni... huhuh~
 

 update: Ni la list nama anak yang di cadangkan oleh K kat En. hubby.. Tp, satu pun belum dapat guna... Baby Hajir aritu, tak teringat nak buh antara nama2 ni, sbb semuanya berlaku cam pantas je, pastu K tak dapat full authorise untuk namakan baby masa tu kan?
 

Photobucket

Sale Simply Siti...



K penah cuba pencuci dgn toner yang warna hijau tu.. so, far Ok tak da masalah.. dah nak abis pun dua2nya.. So, K search kat tenet pasal range produk Simply Siti (SS) masuk website Online Store (SS)... then tgk ada few produk yg ada sale.. Apa lagi, dgn gatal tgn nya terus la menyoping di alam maya ni..


senarai barangan yang k cadang nak beli pada awalnya...
tengok la price dia, murah kan?
(klik gambar untuk paparan lebih jelas)
 
sudahnya lepas di pikir2 balik, K just beli barangan yang perlu je, pencuci muka, toner &exfoliant gel dia je... Ni invoice nya, total plus postage RM37.70 untuk 3 barang... Bg K ok la...


Photobucket


Tuesday, October 2, 2012

Crabtree Lavender Hand Therapy For free!!


Bestnya kalau dapat 1... K penah pakai Crabtree Hand Therapy ni... tp, tak igt perisa apa... pakai yang kawan punya masa kerja kt KL dulu... yang K igt memang lembut je tangan pas pakai cream ni...
 Sesape yang nak p Pavilion 4&5 Oktober ni, boleh la print benda alah ni Crabtree 
Untuk info lanjut leh refer sini.


Photobucket

Asyik Lupa je...

Kalau ikutkan ari Sabtu tu Doc dah suh start makan Pil Sucee... Igt nak makan sebelum tido.. Tp, bila dah buat itu ini, langsung lupa... Bangun pagi baru teringat tak makan... Hehe.. Untuk malam ni nak set reminder siap2... Harap2 tak lupa lagi...So, start malam ni akan consume Pil Sucee ni, K harap dapat la menyucikan hormon2 yang tak berapa nak stabil ni..

ni la rupa pil Sucee tu.. Pink kaler lagi..
ni plak information pasal pil hormon ni, K printscreen dari web MIMS.com.. Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Sebut pasal lupa, semalam K ada beli buah lemon, cadang nak minum air suam perisa lemon.. K terpengaruh dgn entry Cik Puan Tipah & Puan Eida. kita ni... Tp, lupa lak nak bawak buah lemon tu mai opis.. so, arini minum air masak suam kosong lagi la...Harap esok tak lupa lagi nak bawak...
K ni memang jenis pelupa.. yang paling kerap lupa, tutup lampu bilik air.. hehe... selalu kena marah dgn hubby... Dah lupa kan nak wat camna, sengih je la bila kena tegur.. Macamana la nak rawat penyakit PELUPA ni... >sigh<

Photobucket

Monday, October 1, 2012

Day 1 - Diet balik!!!

Photobucket
Arini 1st day K start balik diet low-carbo K... Pagi td sampai opis, timbang berat 60.6kg... untuk hari ni K dah makan 1 keping daging burger, 1 sosej, 1 cawan air limau suam tanpa gula, 1 slice cheese,
1 mangkuk sup ayam+sayur, 1 ketul ayam goreng, 1 senduk sayur kangkung tumis dan plain water 6 gelas... sebelum balik karang, K akan timbang sekali lagi... nak tgk perbezaan berat dgn pagi esok.. hmm... untuk dinner malam ni, K igt nak makan salad timun+air asam jawa.. :)

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...