Thursday, May 18, 2017

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is not naturally... K hamil melalui kaedah FET which is anak yang K lahir adalah the only embryo yang survive sehingga selamat di lahirkan.. recall balik post ivf/icsi: The chronology: part2 (Finale+Result) dari 23 ovum retrieved, 10 fertilized dan hanya 6 embies yang survive dan sedia utk ditransferkan.. 2 transfer masa fresh IVF thn 2013 dan 4 di freezekan.. 1 tahun 2014 K free kan diri dari sebarang ubat & treatment..

K continue FET awal thn 2015.. make it short, Docter cadangkan K transfer day5 embies.. dari 4 frozen embies yg dibekukan, 2 embies je yang berjaya bertahan ke hari ke 5 sebelum di transfer ke rahim K.. dari 2 embies transfer, just 1 and only yang survive menempel cantik di dinding rahim K, hidup 9 bulan dlm perut K dan selamat K lahirkan...nnt bebila K share pengalaman melahirkan anak K.. She is my miracle frozen baby.. My precious princess.. Alhamdulillah.. walaupun di awal2 episod spotting brown to pink yang agak berlarutan.. on duphaston sampai 12weeks.. GDM DC masa 7 bulan.. dgn kencing kotor nya.. kali ni pun K masih bleeding dari awal tau mengandung about 4 weeks++ smpai dekat2 9 weeks..paling worst 7-8weeks.. on duphaston till 12weeks jgk.. & 1 kali shot Proluton di bontot masa 7 weeks..

So, ape beza dgn sekarang? Firstly of course kali ni pregnant secara naturally.. 2nd nya kali ni twins pregnancy.. 1st pregnancy Along dah 4 years.. So, byk benda K leh layan dia.. kali ni K kena handle 2 org, yg Along 6thn, Angah 2thn.. lain perangai dan lain agamnya.. huhu.. kali ni K sangat2 letih berbanding 1st dlu... perut 3 bulan dah mcm perut 5 bulan masa 1st pregnancy.. dulu craving benda manis smpai kena GDM.. sekarang craving benda masam2.. K masih lg morning sickness & evening sickness.. harap2 akan stop tak lama lg..

Pertengahan bln 6 ni akan mula appt dgn Klinik Pakar O&G, Hospital Besar Ipoh untuk monitor perkembangan twins every 2 weeks..

Setiap rezeki anak yang Allah anugerahkan pada K miliki keistimewaan & ceritanya sendiri.. Hajirizqullah anugerah yang paling indah buat K dan suami, Hajna'ayza puteri yang sangat bernilai buat kami and coming babies tetap yang teristimewa buat kami.. Alhamdulillahh.. Terima Kasih ya Allah..

Untuk semua.. K doakan, semoga kalian jua Allah beri peluang merasa semua ni.. InsyaAllah..

Monday, May 8, 2017

Jenis Kembar



Kembar ni ada 2 jenis, iaitu:



1. Kembar tidak seiras (Fraternal Twins)


2. Kembar seiras (Identical Twins)


   Gambar ni explain macamana kejadian kembar-kembar ini terjadi


    










Tapi, kajian mendapati kembar seiras ni ada jenisnya & risiko tersendiri bergantung pada hari ke berapa kembar spilt selepas persenyawaan ovum & sperma. 

     
     - Kembar Seiras : Dichorionic Diamniotic (DCDA) - 2 Chorion (uri), 2 Amnion (kantung)(berpisah pada hari 1 - 3 selepas persenyawaan)

     - Kembar Seiras : Monochorionic Diamniotic (MCDA) - 1 Chorion, 2 Amnion                      (berpisah pada hari 4-8 selepas persenyawaan)

     - Kembar Seiras : Monochorionic Monoamniotic (MCMA) - 1 Chorion, 1 Amnion
(berpisah pada hari 8 - 13 selepas persenyawaan)

    - Kembar Siam : (berpisah pada hari 13 - 15 selepas persenyawaan)

       

Gambar bawah ni visual bayi seiras dalam kandungan      

Kalau ikut info ni.. kandungan K setakat last scan semasa 9weeks++ kandungan kembar K adalah jenis identical/seiras Monochorionic Diamniotic (MCDA).. Babies ade bilik asing2 kata dokter cuma berkongsi uri.. Jadi risiko utk tali pusat berbelit dah tiada cuma perlu pastikan tiada berlaku Twin to Twin Transfusion Syndrome (TTTS) sebab urinya berkongsi


Wednesday, May 3, 2017

Wordless Wednesday : Gula - Manis

Air yang tawar kau pandai tambah GULA..Hati yang tawar kau buat APA?

##Esok MGTT-minum air gula sbb dlm masa 2 minggu berat naik 1.2kg.. Ade history GDM last pregnancy..

Sekian..

Friday, April 21, 2017

Allah Maha Berkuasa

Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa.. Sesungguhnya setiap apa yg berlaku di dunia ini dengan izin & aturan Allah SWT.

Alhamdulillah. Atas kekuasan Nya.. K kembali hamil di saat usia baby IVF K berusia 1thn 5bulan which i struggle 5years sebelum positif hamil buat pertama kali.. & melahirkan di saat usia perkahwinan menganjak ke tahun ke6.. Alhamdulillah kandungan ni dah 9weeks.. lg 3 minggu nak masuk trimester kedua.. Masih jauh. Doakan K ye semua.

Org sekeliling tanya. Normally? Naturally? K hanya mampu jawab Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi pada saya kali ni secara semulajadi. Kalau orang lain tak percaya apatah lagi saya sendiri.

Alhamdulillah. Semua atas izin Allah SWT. Allah beri peluang utk K merasa sesuatu yang tak pernah K duga. Allah anugerahkan kandungan kali ni 2 janin dan 1 uri. Kembar. Kembar MCDA.

Kun faya kun. Allah kata jadi maka jadilah.

Terima Kasih Ya Rabb.

Wednesday, March 29, 2017

Sipnosis Cerita 3 Tahun - Pelbagai Kisah Suka & Duka

2015 - Hamil FET - GDM on diet Control - Melahirkan -Emergency csect - Baby Girl
2016 - Breastfeeding Journey - Dugaan 
2017 - Nikmat Allah - Pregnant Naturally  - Jawapan Istikharah

Banyak hal yang nak cerita.. byk hal yg nak di kongsi... tak tau nak mula..

Semoga kita semua sentiasa dibawah naungan Yang Maha Esa

Tuesday, January 21, 2014

1st update 2014

Salam.. semua.. a very short update after a long- long -long 'cuti' dari blogging.. tersangat2 lah busy sampai blog kesayangan dibiar sepi.. ok, on my TTC side, K suffered brown spot and period blood sikit2 setiap hari selepas spotting failed IVF aritu dan period normal with heavy flow datang on 10 Jan after K pergi mengurut 7 Jan..  hanya betul2 clean pada 14 Jan lepas.. 
So, now tgh tunggu cycle seterusnya untuk keep on trying...even sekarang ni pun tgh try jgk.. try natural tanpa ubat spital.. hehe...
Sepanjang awal thn ni rasanya tak berapa ok K nak continue FET.. Bln 5 adik ipar akan bertunang dgn org terengganu.. nak travel ke terengganu.. awal bulan 6 lak adik ipar sorang lg nak kenduri.. 
start bulan 3, K dah start busy nak wat hantaran and preparation yg mcm2 untuk tunang and wedding adik2 ipar ni... Bln 6 dah puasa, bln 7 dah raya.. So, kalau nak proceed pun after raya la kot..  Insya'Allah... kalau kena timing period K.. cycle bln 6 ni... maybe K akan proceed before puasa.. 
So, tunggu la camana nnt.. Tgk Cik P camana thn ni..
Ok.. sampai sini dulu...


p/s: pada mummies2 yg tgh preggy, K doakan kalian selamat melahirkan nnt.. Lahirkan baby yang sihat dan comel...

p/s: pada mummies yg baru dpt good news.. Tahniah... Selamat menikmati dunia berbadan dua.. hehe.. dan K doakan kandungan kalian sihat dan selamat sehingga melahirkan.

p/s:pada mummies yg tgh menjalani IVF/IUI/Clomid.. K doakan usaha kalian berjaya kali ni...

p/s:pada mummies yg tgh dlm fasa 2ww, stay positif ye... 

p/s:pada mummies yg masih berusaha dan belum berjaya... K doakan kalian terus kuat untuk teruskan perjuangan kita sebagai TTCians.. One fine day... Insya'Allah... giliran kita akan sampai...

Thursday, November 21, 2013

Wishlist sebelum umur 30

1. Dapat Kerja Tetap -Alhamdulillah dpt kerja umur 22 tahun
2. Beli Kereta - 6 bulan kerja dah ada rezeki beli kereta sendiri
3. Kahwin - Alhamdulillah umur 24 thn dah di tetapkan jodoh oleh Allah SWT
4. Anak - Alhamdulillah Allah kurniakan Baby Hajir
5. Beli Rumah - Alhamdulillah dah punya rumah sendiri yg selesa untuk kami sekeluarga



Astaghfirullahhal'azimmm...
 Nikmat apa lagi yang aku kejarkan?
Allah dah memberi segalanya buatku..
Ampuni daku ya Allah...
Kadang2 aku terlupa akan nikmat yang telah Kau kurniakan pada ku.
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.
Terima Kasih Ya Rabb..

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...