Thursday, March 29, 2012

UPT

Tetiba lak K 'tersearch' kat google gambar2 UPT td... then, keluar la gambar UPT tu yang beberapa jenis, bentuk dan warna.. Sebenarnya, K teringin sgt nak tgk double line yang sendirinya... tp, belum waktu lagi nak dapt tengok... huhuhu~ so, tgk yang org punya je la... Bleh naik kan semangat nak berusaha... yesss... chaiyok2!

Urine Pregnancy Test (UPT) ni ada 3 jenis..


1 - Strip - jenis kertas kecik tu yang tak ada casing apa tu. Perlu ada bekas untuk takung urine kita, sbb jenis ni kena celup2.. hehe...  yang ni K selalu guna, sbb yang jenis ni paling murah. kalo dpt result -ve pun tak la rasa rugi sangat..

2 - Cassette - Jenis yang ni, kita akan dapat 1 alat penitis sekali. Urine perlu dititiskan di tempat yang di khaskan. Yang ni, K penah guna.. Tu pun beli kalau watsons buat sale.. hehe..

3 - Midstream - Jenis ni paling mudah. Just kena kenakan urine pada satu bahagian UPT tu. Tak payah nak kena takung2 atau titis. Slalunya jenis ni mahal skit kot. K tak penah beli or guna jenis ni. ;)

UPT - UPT ni jugak ada macam2 sign untuk nak tunjukkan result. Ada yang digital, ada garisan merah merah, ada garisan biru, ada palang dll.




jom, kita tengok macam jenis dan bentuk UPT yang ada kat dunia ni...



p/s: gambar2 ni semua dari pakcik Google.. Click pada gambar untuk tgk slide.
























banyak kan?



jap...




ada lagi yang lagi cool...













-biar betul? ade ke yang macam ni?



- UPT USB? ntah betul ada ke tak ni... huhuhu



Photobucket

Monday, March 26, 2012

Clomid = panas?

K tak tau la ni kesan makan Clomid atau tak... Semalam K nak tidur rasa panas sangat, sedangkan Mr. K cakap sejuk je... dan lagi satu, pagi2 bangun, tekak ni rasa kering sangat... Memang kesan makan clomid atau cuaca sekarang memang panas, i'm not sure... tunggu malam ni camana... panas lagi ke tak...

Balik kampung baru ni, mulut K macam terkunci nak bagitau kat mak abah yang K tengah wat treatment.. K tak nak mak abah tau yang anak dorang ni tak subur.. susah nak dapat anak... K tak nak mak abah risau... Tp, K ada suruh mak abah doakan K ade rezeki thn ni...

Hm... nothing much to write today.. Oh, ya... this Thursday K & Mr.K will attend mesyuarat kerani penyemak pilihanraya...maybe dapat cuti tanpa rekod... Ok...jumpa lagi...
Photobucket

Friday, March 23, 2012

Balik Kampung Jom!

Petang ni lepas balik kerja, siap2, terus gerak balik kampung K.. Ahad baru balik sini balik.. Balik ni nak sembang2 dgn mak abah pasal treatment ni and mintak mak abah doakan dan kalo boleh wat solat hajat skali.. huhu~  mana tau berkat doa mak abah, K berjaya kan? amin...

Tak sabar nak sampai kampung... nak peluk cium si kenit... HAJIRIZQULLAH... Tunggu Bonda balik ye baby... Bonda ada belikan baby baju baru... Nanti2 K akan ceritakan kisah HAJIRIZQULLAH ni... Kehadirannya unik seunik nama dan maknanya...

k, jumpa lagi... salammm....

Photobucket

Ya Allah... Permudahankanlah...

Alhamdulillah.... akhirnya yang di nanti2 sudah pun tiba..  yesss... Cik P dah pun menjengah... Esok dah boleh start makan Clomid sampai CD6... Then, 2hb 4 ni pegi scan... Sekarang ni K nak study betul2 macamana nak tentukan waktu subur dgn BBT... Rasa macam nak ambil cuti je minggu tu nak 'bertungkus lumus' and nak rest betul2... hehehe... Sebenarnya, K risau kalau lepas 3 cycle cuba Clomid tak berjaya, K nak kena buat HSG... Tak tau la, K takut sangat bila dengar HSG ni.. ye la.. masa buat Pap Smear pun K dah rasa sakit sangat... ape2 pun, K doakan Allah SWT permudahkan urusan kami dan perkenankan doa K dgn Mr.K... and untuk TTCians yang lain... K doakan tahun ni, kita akan dapat 'sinar' itu... aminnnn~




Photobucket

Wednesday, March 21, 2012

Kurang Kata-kata...

 


Tadi K call spital.. nak tanya pasal period K yang dah 53 hari tak datang ni walaupun dah abis makan duphaston, UPT -ve. Misi yang angkat call tu gitau suruh tunggu sampai ujung bulan, kalu tak datang jugak call balik... So, tunggu dulu la.....
Photobucket

Tuesday, March 20, 2012

2nd Appointment: Result test..

 


Sambungan dari entri sebelum ni, so,  9/3/2012 aritu, K dan Mr.K amik cuti untuk appointment jumpa doc bincang result test2 yang di buat. K sampai pkul 7.45am, tu pun parking dah penuh. tp, nasib la keta kitorang kecil so, boleh la selit2 jgk. Alhamdulillah, dapat parking dekat dgn klinik O&G. Sampai je kat kaunter pendaftaran bagi kad. Then, tunggu nama dipanggil. Lepas nama kena panggil, K kena pegi satu lagi kaunter, rasanya kaunter pembayaran kot, ade staf kat situ, tak pakai baju misi pun tanya staf kerjaan an? ada bawa GL? then, bagi la GL tu kat dia. Lepas tu dia bagi nombor untuk jumpa doktor. Sementara tunggu turn, K dgn Mr.K pergi breakfast kat cafe. 


Sampai turn kitorang jumpa la dengan Doc, tp, Doc lain.. Doc pompuan Chinese jugak, tp, muda skit dari yang sebelum ni.. 1st question, doc tanya period akhir bila, K cakap la last 29Januari... Dia macam confius, so, last month tak datang la? K geleng... dia senyum, then cakap, "then, u pregnant la!".. K cakap la, "saya dah wat UPT 2 hari lepas, tp, -ve.." Doc cakap, test dulu...pastu dia senyum... aku pun senyum je la... So, aku wat la test..Memang -ve pun... 


Lepas dah tau result, kitorang pun bincang la pasal result test plak. Doc cakap, result CD2 tu ok dan K bebas dari kencing manis. Cuma Progestrone level K masa CD20 tu tak ok.. sangat rendah.. doc cakap sbab tu la period K tak regular dan susah nak hamil.. katanya,  progestrone ni la yang nak rangsang pembesaran telur.. Doc tanya K tak da buat HSG ke? K cakap tak de. Then, Doc selak2 kertas2 kat file K tu..K tanya pasal result semen Mr. K... Doc cakap ok...


So, di akhir appointment ni, Doc suggest nak cuba on dgn clomid untuk 3 cycle dulu... kalau tak berjaya, baru buat HSG dan mungkin wat IUI kot.. Memandangkan K belum datang period, untuk kali ni, Doc bagi Duphaston untuk turun kan darah period dan Doc bagi Clomid untuk 1 cycle.. lepas tu CD10 datang check telur..Seriously K rasa semangat lak dgn Doc ni, dia boleh think positif sedangkan K selalu je think negatif. K,  tanya kalau lepas makan Duphaston then, period makan Clomid... jadikan cerita lepas tu, K tak period, K, nak buat apa? Maksud K, sebenar, nak tanya kena datang ambil ubat turun period lagi tak? Tp, Doc tu cakap "then, I kena wish u Congratulations la, U mengandung".. pastu dia gelak..So sweet... Mr. K dah tersengih...K senyum and cakap balik kat Doc tu, "hopefully macam tu Doc".. Next, appointment CD10, tarikh tak tau lagi bila...kena tunggu period. Tapi, skarang ni ada big problem, period K tak datang2 lagi... arini dah CD52... tak on lagi la dgn Clomid ni...Ok, dah panjang sangat ni... see ya!daaaaaaaaa.....


Photobucket

Monday, March 19, 2012

Rawatan Kesuburan? sambungan lagi...

 

Baru terasa nak sambung ceerita pasal rawatan ni... okes, lepas dah siap wat pap smear, sembang2 dgn doc, doc bagi 4 borang.. dah siap isi... lepas tu doc explain la setiap satu borang tu untuk apa..

                                                borang 1 - Lh/Fsh - blood test pada CD2
                                                borang 2 - Progestrone - blood test pada CD21
                                                borang 3 - MGTT - test minum air gula
                                                borang 4 - Semen analysis untuk Mr.K

Semuanya kena settle sebelum date appointment 9/3/2012 tu... tunggu punya tunggu, period K datang on 29/1/2012 (ahad).. jadi, esoknya, K ke hospital untuk test darah utk borang 1..hubby pun buat semen test ari yang sama... untuk borang 2, K pergi masa CD20(jumaat) sbb CD21, ari sabtu, hospital tutup. Borang 3 pun K buat ari yang sama.. abis la sudah test2 darah yang K kena buat... dah tak da rasa takut dah dengan jarum..

Next entri K story plak pasal result2 test, and apa yang K bincang dgn Doc masa appointment 9mac tu.. salam....

Photobucket

Friday, March 16, 2012

Aku dan mereka BERTUAH!




Syukur kepada Allah SWT sebab K terpilih di kalangan hamba-hamba Nya untuk di uji. Walaupun ujian ini mungkin sesetengah orang akan rasa ianya tak lah sehebat mana, tapi, bagi K, ujian yang Allah SWT berikan pada K dan sahabat-sahabat TTC menuntut kesabaran yang amat tinggi. Sabar itu kan sebahagian daripada iman. Bagi K, kalau K dan sahabat-sahabat redha dan sabar seikhlas hati dengan ketentuan ini maknanya, kita sedang menyempurnakan sebahagian dari iman kita. Bertuah kan kita? InsyaaAllah... sama-sama lah kita bersabar dengan penuh redha.



“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)


So, mulai hari ni, kita cuba jangan merungut, sebab bila kita merungut, mungkin kita tak dapat nikmat di sebaliknya tu. 


K rasa kita ni bertuah sebab:

2Kerana kita punya masalah ini, kita mengamalkan segala amalan2 yang baik dan juga sunnah2 nabi. (sambil berikhtiar sambil dapat pahala)  

2Kita berusaha menjalani rawatan2 kesuburan, kita dapat ilmu percuma. Hmmm... apa yang selama ni kita tak amik tahu, kita secara automatik tahu. Contoh, macam hal-hal kesuburan manusia. Rawatan yang ada untuk kita dan prosedur-prosedur yang harus di ikuti dalam menjalani rawatan ni.  Orang yang tak di tempat kita tahu ke? Cuba kita tanya dorang, ada la satu dua yang mungkin tahu sebab ada ahli keluarga mereka yang turut menerima nasib yang sama. betul tak?

2Kita dapat pengalaman. Sepanjang rawatan yang kita lalui, pelbagai ujian2 yang kita lalui. Orang yang tak da masalah macam kita tak da pengalaman macam kita.


Hmmm...ape lagi eh? any idea? setakat ni K terpikir yang ini je. Nanti kalo terpikir yang lain2, K akan update entry ni


Photobucket

Wednesday, March 14, 2012

Rabu : Tak mo cakap banyak ~

jom kita cuci mata.... 











They are so cute kan?? Ahhhhh... please...please... Can I have at least ONE? pleaseee.....




credit to Anne Geddes..( Gamdar di download tahun 2004, buat wall paper desktop)

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...