1st appointment: 2 Disember 2011. Masa K sampai hospital, tempat duduk d klinik pakar O&G dah dekat nak penuh. K terlambat skit sbb ikut jam yang Misi tu tulis kul 9.00pg... rupanya datang awal pun boleh untuk daftar... 1st skali, K bagi refferal letter kat kaunter pendaftaran.. after a while, nama K di panggil, Misi suruh suami&isteri timbang berat, ukur tinggi, check tekanan darah, lepas tu tanya period K macamana ok ke tak? masa tu K dah tergagap2, dah Misi tu tanya nak tarikh pertama period 3 bulan sebelum.. haha... serius tak igt... ada tanda kat kalender.. tp,tak bawa.. apalagi, last2 agak2 je la...kira masa ni nak buka file la.. So take note ye sapa yang nak gi wat rawatan kat Hospital Kerajaan ni..
Lepas dah settle buka file, K kena buat scan kat perut. Masa ni la K dpt tau upanya K ada PCOS, Misi yang buat scan tu yang bagitau, then dia tunjuk la ada dot2 hitam kat ovari K... K angguk je la..dia tanya tau tak PCOS tu apa? K, geleng... Lepas tu, dia suruh K cari dalam internet.. ape daa... igt nak xplain.. :) Misi tu ada cakap gak, yang rahim K ok..
Lepas tu, kitorang kena la tunggu turn nak masuk jumpa doc.. Masa tgh tunggu ni macam orang yang ada kt sini, ada jgk yang bawak macam cooler box tu.. kebanyakannya Chinese la.. Ramai jgk pasangan yang start mendaftar nak wat treatment hari tu..ada yang masuk bilik doc lama ada yang sekejap.. So, sampai lah turn K dg Mr K untuk jumpa doc, sedikit survey lagi yang doc ask K & Mr.K... contohnya penah ambil dadah ke tak, merokok ke tak, penah seks bebas tak, penah berkawin sebelum ni ke tak dan macam lagi la soalan pelik yang di tanya... Bila tgk muka K dah berkerut2, doc tu cakap, just a procedur.. Doc yang ambil kes K, Doc pompuan Chinese... walaupun K berharap dapat doktor melayu pompuan, K tetap syukur jgk sbb tak dapat Doc lelaki... :)
ok, nak ringkas kan ni antara dialog K dgn Doc;
Doc : Dah period belum?
K : Baru habis 2 hari sudah.
Doc : Penah buat pap smear?
K : Tak penah.
Doc : Ok, nurse, kita buat pap smear. ( Time ni dah rasa menggigil..)
Aduhai... bila cerita ni dah terasa balik pengalaman K buat pap smear tu... seram sejuk di buatnya...
alaaaaa, dah ngantuk la... nnt lah sambung...
salam...
No comments:
Post a Comment