- Pagi ni perut kembali kembung yang teramat sgt. Kalau tengok K macam mengandung 5 bulan. dengan cekang penuh angin nya. K sampai dalam pukul 7.45 am. Pukul 8.45 am kitorang gi daftar. Pastu lepak je situ sampai Dr panggil. Sepanjang masa ni, K minum air zamzam. Masa ni K dah pening, nak muntah and sangat tak selesa. Sampai satu tahap K dah tak tahan.. K pergi toilet and muntah semua air zamzam yang K minum td. Around jam 10.30am, Dr. panggil suh get ready. Pastu masuk bilik prosedur. Dr scan abdomen K untuk tgk progress ovari K, ternyata, K memang terkena OHSS tp, ketika ini masih mild dan prosedur ET boleh di lakukan. K di maklumkan, dari 23biji ovum yang diambil, 10 yang fertilized dan sehingga hari transfer hanya 6 yang bersenyawa dan membesar dgn baik 4 lagi tak berkembang dengan sepatutnya. 2 akan di transfer dan 4 lagi akan di freeze. Sebelum memulakan prosedur, hubby K di panggil untuk tengok embryo2 kitorang. Bermula dengan 2 yang nak di transfer dan 4 yang nak di bekukan. Alhamdulillah, prosedur ET berjalan lancar dan sgt mudah. Tak de rasa sakit, dan takde bleeding. Dalam masa kurang 10minit semuanya selesai dan K di biar rehat di bilik prosedur selama 1 jam. Masa ni K di maklumkan perlu membeli ubat Proluton untuk menggantikan HCG - Purbegen disebabkan OHSS K tidak dibenarkan mengambil sintikan HCG kerana HCG akan merangsangkan lagi ovari K. Suntikan Proluton ni adalah suntikan yang paling sakit penah K kena. Kandungannya adalah minyak dan perlu menggunakan jarum yang lebih besar. Selepas 1 jam lebih, K di benarkan bangun dan boleh menyalin pakaian. Untuk hari ini K dah mula ambil suntikan Proluton 500mg. Seminggu sekali selama 3 minggu. Selesai semua, K dgn hubby terus ke cafe makan dan terus gerak pulang ke Ipoh, K baring di seat belakang sampai Ipoh. Kesian hubby K drive sengsorang. hehe..Alhamdulillah dalam pukul 4.00pm kitorang sampai Ipoh. K diberi MC selama seminggu.
29/10/2013
-Bermulalah 2ww K.. Perut K masih lagi kembung on and off.. Paling seksa waktu nak tidor malam. K tak solat duduk K solat macam biasa, sbb kalau duduk terlalu lama K tak boleh nak bernafas. Mulut hanya terasa nak makan bubur dan ikan bilis. Makan sikit2 dab tp, banyak kali.
30/10/2013
- K terbangun pukul4 pagi sbb rasa sgt kembung dan sakit perut. dan K sukar untuk bernafas. K mesej Dr Shikin dan terus ke wad kecemasan hospital Ipoh dan di diagnose terkena gastrik K di suntik ubat gastrik dan di benarkan pulang oleh Dr di wad kecemasan. Tengah on da way nak ke farmasi ambil ubat, Dr Shikin cal tanya macamana dan K pun cerita la kena gastrik. Dengar je K dah boleh balik, terus Dr. Shikin cakap tak boleh balik dia suruh pergi EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) di wad Gynea. Dan dia akan datang cek K. Sampai di EPAU, Dr di situ scan dan dapati ovary K dah membesar dan ada sedikit cecair di abdomen. Dr claim OHSS K dah masuk fasa moderate dan di nasihatkan untuk admit ward untuk di pantau. Dalam pukul 7.30am Dr. Shikin datang dan sekali lagi cek dan confirm OHSS K dah sampai tahap moderate.
31/10/2013
- K berdoa sangat dapat balik hari ni. Dengan keadaan K sekarang ni, K rasa sangat tak selesa nak stay di hospital. Alhamdulillah, petangnya K dah boleh balik. Sepanjang di hospital, K di kena masuk 4 botol drip. 1 suntikan ubat elak darah beku dan 2 kali ambil darah. Alhamdulillah, di sebbkan result darah yg ok tu lah, K dibenarkan pulang. Tp, perlu ke hospital untuk cek darah sekali lagi hari Isnin dan datang tgk keputusan ari Rabu.
1/11/2013
- Alhamdulillah. Perut kembung K dah beransur baik. Start rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit kepala yang light dan rasa nak makan. Sometimes kaki rasa macam kejang. Hari ni K last MC.
2/11/2013 - 3/11/2013
- Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang.
4/11/2013
- Ke hospital cek darah, scan abdomen. Ovari dah mengecil sedikit. Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang. Sebelum balik, amik suntikan Proluton yg kedua.
5/11/2013
- Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang.
6/11/2013
- Simptom2 semua masih ada tp, makin kurang. Arini review result darah and scan. ET masih tebal dan ovari dah mengecil. Alhamdulillah. Tp, masa ni dah dpt rasakan sesuatu. Seakan faham senyuman yg Dr berikan pada K.
7/11/2013
- Sama jgk mcm semalam cuma K rasa mengantuk tengahari. Hari ni dh start kerja. Badan dah rasa ok sikit.
8/11/2013 -14/11/2013
- Simptom2 masih ada mcm sebelum2 ni.
15/11/2013
-Last makan Duphaston. Simptom? Masih ada rasa mual2 dan light cramping. Bila sejuk kaki rasa macam sengal.
16/11/2013
- Tengahari nak solat Zohor, tgk ada brown spot.
17/11/2013
- Masih brown spot. No more cramping. Masih rasa mual2 bila perut kosong.
18/11/2013
- Appointment keputusan. Result seperti yang di jangka. NEGATIF. Scan rahim kosong. Masih ada brown spot. Cramping2 dah hilang.
So, Dr assume this failure maybe because OHSS.. Ovari2 K dekat dgn rahim.. Bila ovari2 membesar ia memberi impak negatif pd rahim. FET di jadualkan secepat mungkin. Dr suruh next month.. K ckp nak hold dulu.. maybe next year.. Dr tulis planner untuk period bulan 1 start the FET cycle. Yang sedihnya, utk FET nnt K masih kena ambil suntikan Gonal-F dan HCG Shot.. tp, amount yg sgt2 minimal sbb K tak dapat nak ovulate sendiri. HUHUHU... cucuk2 lagi... Adoi....
Alhamdulillah.. K ok... Hubby pun ok.. Tiada langsung airmata yang keluar saat tau keputusan. Both of us redha and think this the best yang Allah rencanakan buat kami.. And please jangan comment2 yang sedih ye.. hehe..
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada K dan hubby. Sungguh kuat. Saya baca ni pun dah seram sejuk. Org yang menghadapi apatah lagi.
ReplyDeleteTakpe boleh cuba lagi...Moga ada hasilnya..
K... *hugs u ketat*
ReplyDeletei will pray for u..insha allah..
masa tu akan tiba...
Kuatnya anda berdua...moga FET nanti ada perkhabaran gembira buat kalian dan semua warga TTC..Allah s.w.t menguji seiring kemampuan HambaNYA...
ReplyDeletePuan K, Yani sentiasa dan akan selalu doakan Puan K berjaya...amin! (ni bukan komen sedih2 kan?) Hehe~
ReplyDeleteBe strong. Take rest K.
ReplyDeleteK...semoga ada rezeki zuriat buat K dan suami suatu mase nanti...amin..
ReplyDeleteLy doakan next ET berjaya...syukur k byk freeze embrio kan...aammiiinn
ReplyDeleteMasyaAllah... teruk juga OHSS K. So far i x pernah la sampai admitted. InshaAllah, ada rezeki K and I doakan next FET akan akan membuahkan hasil. On the positive note, at least u have frozen embrio and x perlu lalui kesukaran process mengambil telur :-) I'm sending positive vibe to u :-)
ReplyDeleteET time kita dh sihat n x der OHSS ader kebaikannya..sy x sempt ET sbb kena OHSS yg teruk..tp lps tiga bulan ET guna frozen..alhamdulillah..mungkin kita dh sihat n lebih bersedia.
ReplyDeleteInsyaallah K,segala yang K lalui sekarang akan Tuhan balas tak lama lagi.. Take a good care of health dear.
ReplyDeletebanyaknya kena cucuk.. sabar jer lah. semoga K tabah & take care.
ReplyDeleteSis!!subhanaAllah..insyaAllah segala usaha sis Allah nampak...nak nangis baca...kuatnya seorg Puan K!=)
ReplyDeletesabar ye sis....in shaa allah boleh mengandung dengan natural, apa yang berlaku hanya musabab. Sabar ye..
ReplyDeleteK..dari awal sy tunggu post K utk result IVF..jujurnya..saya doakan segalanya 'menjadi' utk 1st trial ni..
ReplyDeletebila tgk keputusan spt yg x diharapkan..saya sendiri rasa frust..tp x mo sedih2...lets move forward..in sya Allah..next FET badan awak dh lebih sedia..peluang akan lebih tinggi..saya doakan awak...amin ya Allah..
Salam kenal K... K. Eyza dh kawin 7 tahun, tapi blom ada rezeki nak jadi mama.. akak dah 3 kali buat iui tapi failed.. akak nak buat IVF, tapi mcm takut.. lepas baca pengalaman K, akak jadi bersemangat balik nak buat.. harap K dapat bagitau berapa kos untuk buat IVF di HUKM..
ReplyDelete