Sunday, March 11, 2012

Rawatan Kesuburan?



Ok, malam ni K nak kongsi cerita macamana K start Rawatan kesuburan ni...


Pada awalnya K nak buat rawatan dengan LPPKN. Satu pagi dalam bulan September 2011, K call LPPKN macamana nak start treatment, dia tanya bila period, K cakap, period K tak regular.. Then, wakil LPPKN tu suruh K pergi mana2 klinik kesihatan untuk mintak ubat bagi turun period, lepas tu, bila period terus call LPPKN buat appointment...


Petang tu jugak K gi Klinik Kesihatan berdekatan, kebetulan kat tempat K ni ada satu Klinik Kesihatan yang buka sampai kul 9malam... K jumpa doc, K terus je bagitahu K nak mintak ubat nak bagi turun period dan cerita yang  K nak buat treatment LPPKN kat doc tu, memang rezeki K kot, Doc yang  K jumpa tu rupanya Doc dari Klinik Ibu & Anak, so, Doc ni memang faham pasal treatment2 ni..


Doc cakap kat K yang period K tak datang tak jadi masalah, yang jadi masalah sebab K tak pernah conceive lepas dekat 2 tahun kawin... Doc tu suggest pada K untuk cuba buat rawatan di Hospital Kerajaan dulu sebab kalau buat di LPPKN kena bayar.. Then, Doc tu cakap, dia buat surat refferal untuk K untuk ke Klinik Pakar O&G... Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan K... Bayarannya stakat ni RM1.00, bayaran pesakit luar...


So, esoknya K ke Klinik Pakar O&G untuk buat appointment... Lepas Misi tu check2 semua, Misi tu cakap yang free 2 Disember 2011.. Dalam hati, K cakap, lambatnya... 3 bulan tu... Tp, mulut K cakap OK je.. Dia ambil refferal letter K, dan tulis tarikh appointment... bayaran RM0.00..


2 Disember 2011, bermulalah rawatan K....


tu je la dulu, sok K sambung lg... dah ngantuk...

 Assalamualaikum.... 




4 comments:

  1. K,buat treatment kat spital gomen mana?saya pun buat treatment kat spital gomen jugak..PPUM,P.Jaya

    ReplyDelete
  2. K treatment kt Hospital Raja Pemaisuri Bainun... MIL yang suggest suh wat spital kerajaan.. =)

    ReplyDelete
  3. oo..K,kat perak ke.kalau nk buat kat swasta kena sediakan ongkos ler.tue saya & hubby buat kat spital gomen jugak..kekurangan ongkos..eh,kebetulan lak..saya pun org perak jugak.husband pun sama,dia kat ipoh..

    ReplyDelete
  4. yup, kt perak...itu la...sebelum ni igt nak wat kt swasta ja... Cepat skit treatment dia...tp, duit pun cepatla habisnya.. hehehe...After, diskus pi diskus mai.. Kitorang follow cadangan MIL and Doc yg buat referral letter tu... ;)

    ReplyDelete

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...