Tadi K baca2 balik majalah Pa&Ma, keluaran Nov'11.. Masa tu K tak tau yang K ada PCOS... K dpt tau masa appointment bln Disember... Tadi, selak2 majalah, K terbaca something yang K rasa nak kongsi kat blog, errmmm... sharing in caring... ;)
Dalam majalah ni ada ruangan 'Tanya Pakar' di kelola oleh Dr. Norintan Zainal Shah (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia, Medical Centre, Seremban). Salah satu soalan yang K tertarik nak baca ialah berkenaan PCOS.
SOALAN
Saya ada bertemu doktor untuk mengetahui tahap kesuburan. Saya diberi pil perancang untuk mengatur semula haid. Dia turut mencadangkan agar saya mengamalkan diet tidak berkanji. Selain itu, menegur jerawat yang tumbuh di muka. Apakah ini menunjukkan saya mengalami PCOS kerana dia tidak berterus-terang dengan saya?
JAWAPAN
Masalah polycystic ovarian disease atau PCOS memang ada dikaitkan dengan perkara-perkara seperti kurang subur/sukar untuk hamil, obesiti, jerawat dan kitaran haid tidak teratur. Namun, PCOS yang sebetulnya boleh dipastikan dengan ujian darah. Dalam ujian ini, pihak makmal akan mengukur tahap hormon FSH dan LH pada hari ke2 haid (hormon FSH selalunya lebih tinggi dari LH). Jika LH melebihi tahap FSH sebanyak 2 kali ganda, maka puan akan disahkan mengalami PCOS. Diharap puan dapat menjalani ujian darah ini untuk mengetahui kebenarannya.
Mengenai diet tidak berkanji yang dicadangkan, ia boleh menurunkan berat badan puan dan diharap boleh meningkatkan kesuburan bagi mereka yang mengalami PCOS. Saya juga ingin menasihatkan puan membaca lebih banyak mengenai diet dan senaman untuk pesakit PCOS. Ini adalah kerana, diet untuk pesakit PCOS amatlah penting. Mereka tidak boleh makan kabohidrat ringkas seperti gula, minuman bergula, kuih-muih, mi, koey teow, lemang, nasi himpit dan lain-lain. Apatah lagi makanan ringan, coklat, aiskrim, kek dan sebagainya. Kadangkala, nasihat sebegini menyebabkan pesakit terkejut, sedih dan ada juga yang marah kerana makanan kesukaan tidak lagi ada dalam "menu".
Sama pentingnya, adalah senaman. Pesakit PCOS perlu bersenam di gimnasium. Jika setakat, berjalan keliling rumah, senaman yang sebegini tidak memadai. Semoga puan tidak cepat putus asa dan terus melakukan lawatan lanjut dengan doktor.
credited to Pa&Ma
No comments:
Post a Comment