Wahai Cik P yg budiman...
Hadirlah dikau walau sedikit
Hadirlah dikau walau sebentar
Hadirlah dikau walau bersama temanmu cik senggugut itu
Aku di sini setia menanti hadirmu
Setia menerimamu
Agar dapat ku meneruskan usahaku
Untuk menghentikanmu selama 9 bulan 10 hari
Wahai Cik P
Andai belum sampai waktunya
Janganlah dikau biarkan aku menantimu begitu lama
Kerana aku akan membina harapan lagi
Kerana aku akan perasan dan syok sendiri lagi
Kerana pasanganku jua turut akan berharap yang sama
Sungguh aku takut dengan perasaan yang sebelum ini
Perasaan yang terbunuh apabila dikau muncul setelah lama menghilang
Ku takut harapan ku mati apabila dikau muncul
Saat aku menanti jawapan teka-teki ku dengan penuh harap
Harapan kesayanganku jua akan mati
Sudah-sudah lah dikau permainkan rasa kami
Sudah-sudahlah dikau bazirkan wang kami
Wang untuk membeli stripe kecil itu
Wahai Cik P
Aku tahu aku tak rasional
Aku menyalahkanmu bila kau tidak hadir
Aku tahu perjalanan mu untuk bertemu ku
Terganggu dek Cik-cik hormon yang pening itu
Sebenarnya aku sudah jelek menyuruh Mr. Duphaston menjemput mu
Aku ingin kau hadir sendiri
Dengan rela tanpa paksaan
hahahha... ok... setakat tu je dapat nak merapu kat entry ari RABU yg sepatutnya WORDLESS ni...
jemput2 la sambung ye??
* tengah tunggu cik P yang tak mai2 lagi ni... risau jatuh time cuti ja... mcmana nak proceed IVF? huhuh~ currently K cd39, last cycle 40 hari...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1st pregnancy vs 2nd pregnancy
Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...
-
Kembar ni ada 2 jenis, iaitu: 1. Kembar tidak seiras (Fraternal Twins) 2. Kembar seiras (Identical Twins) Gambar ni explain macamana...
-
28/10/2013 - Pagi ni perut kembali kembung yang teramat sgt. Kalau tengok K macam mengandung 5 bulan. dengan cekang penuh angin nya. K samp...
-
Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...
Sabar ye....doa banyak2 dan baik2....
ReplyDeletenice puisi... ;P
ReplyDeletesalam kenal. jemput singgah blog erin yer. i'm TTCian too.
Hehehehehe.....best puisi...
ReplyDeleteGood Luck.Jgn putus asa.Chek doakan yang terbaik....
saye nk buat puisi Cik P juga, tapi sbb tak dtg2...cara medic, cara islamic, semua dh buat ni..tgh tunggu hasil... bertaon tiada
ReplyDeleteterbaik! best puisi ni. macam saya baru2 ni rindu banget kat Cik P..ehehe :)
ReplyDelete