Thursday, April 25, 2013

TTC : When should us try IVF?


Sejak 2, 3 hari ni... hati ni mcm kuat berkata2 nak proceed IVF.. 
Tp, persoalannya tidak terlalu awal ke untuk kitorang cuba IVF?
Next cycle supposely dlm perancangan, kami nak proceed our 3rd IUI..
Bulan 7 dah nak puasa.. Bulan 8, Raya... 
Thn depan kitorang berdua husband and wife ni dah masuk angka 3.
Umumnya untuk kes K ni, tak penah conceive naturally, 2 IUIs done but failed. 
Both of us having minor problem. 
Should I proceed IVF seawal tahun ketiga @ keempat perkahwinan?
or should us just wait?

Insya'Allah, K akan buat 'Istikharah' bila hati ni dah tenang sikit.
Cuma really need some advise from u guys. 
Thanks in advance!
Y(^__^)Y


p/s: Nnt rajin K buat review trip Langkawi aritu. Skang ni MALAS lg... heheh...


Photobucket

12 comments:

  1. rasanye boleh dah proceed dgn IVF kalau k rasa dh tiba masanya..atau maybe tunggu untill IUI yg #3 nie..doa lin utk k moga dimakbulkan Allah..amin~

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan K,kalau dah ready untuk IVF, proceed ya.All the best to you...

    ReplyDelete
  3. Yes,buat sembahyang istikharah adalah jalan yang terbaik..Sentiasa mendoakan rakan2 TTC yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Kalau tanya Yani, Yani pun tak ada jawapan yg firm. sebab masih dalam proses makan ubat dari klinik OnG lagi.

    ReplyDelete
  5. If u r ready and budget pon dah ready, proceed with IVF. Else try IUI another time.

    ReplyDelete
  6. kalau dah ready, boleh je proceed IVF.. Masa itu emas...

    ReplyDelete
  7. K, dah 3 tahun rupanya K berjuang.. Sy rasa, kalau K btl2 nk conceive, K boleh trskan... Sy ni mentah lg nak bg advice.. Tp tu opinion sy.. (=

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan.. Bagusnya jika dah ready.. Saya dh 5thn kawen, IUI pn masih belum sedia utk buat.. K, jika dah bersedia, mental dan fizikal, proceed je.. Kalau masih ada ragu2, hold la dulu.. Saya pn, inshaAllah, thn ni nak juga try at least sekali utk IUI kan.. Mungkin dlm bulan depan.. Hrp2 untuk berkat Ramadhan juga tu.. :)

    ReplyDelete
  9. Istikharah k, minta Allah beri petunjuk jln yg terbaik.

    ReplyDelete
  10. saya doakan yang terbaik untuk K... solat hajat moga diberikan petunjuk..ikut naluri hati K sendiri jangan ikut kata2 orang lain termasuk doktor...mudah2an..semuanya baik2 sahaja..:)

    ReplyDelete
  11. K, sue pun sebelum ni alami situasi sama..umur kita pun sama :P
    sbb sue mmg x boleh iui, natural smua tu..(bak kata doc) la, IVF je skang ni.. mmg plan nak buat awal tahun hari tu, tapi memikirkan byk prosuder and of kos kena prepare dri segi mental.. mcm nant byk cuti nak kna amik... kewangan pun salah satu jgak.. tapi kalau K dh prepare dri segi kewangan, skang ni kena kuatkan dri segi mental la.. sbb nant nak kna cuti panjang, x blh nak bergerak..jgn stress.. mcm sue susah nak amik cuti,tempat keje jauh n maybe ni sbb sue tak prepare dri segi mental pun.. K,survey dlu prosuder btul2 camne, kalau K rase ok, smuanya xde msalah, why not proceed skang je.. after solat isthikarah, mana yang K rase terbaik, K proceed.. insha Allah...

    ReplyDelete
  12. salam k..istikharah ye..mudah2an ada petunjuknya..benda pertama yg akan terlintas bila sebut psl ivf ni ialah duit...tp yg penting adalah mental..kena cukup bersedia..

    jika ditakdirkan berjaya..mesti hilang sume rasa susah payah sebelum ni..tp jika sebaliknya..ada perancangan Allah yg semestinya lebih baik dan sedang menanti kita pd masa depan..

    *Hugs*

    ReplyDelete

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...