Seperti yang K duk cerita dlm entry lepas, K, hubby and sorang adik ipar K were organising Kerabatku punya Family day.. Untuk tmpat stay and tempat makan, adik ipar K yang incharge... Plan asalnya nak buat di Teluk Senangin @ Teluk Batik je.. Tp, terlewat book, semua chalet dah fully booked... So, terus tukar plan untuk ke Pangkor.. Misi mencari tempat untuk stay pun bermula until adik ipar K terjumpa and deal untuk Flora Beach Resort ni.. Alhamdulillah, kitorang sempat book... Total package pun sgt2 affordable.. RM1435 untuk penginapan 1 malam dan 3 kali makan (1 Lunch, 1 Dinner & 1 Breakfast)..Makanan dia memang superb, seluruh family cakap sedap.. makan siap tambah2 lagi... untuk penginapan, kitorang dapat 6 chalet, 3- Standard Chalet & 3- Deluxe Chalet.. Jumlah family yang turut serta adalah seramai 19 dewasa 2 kanak-kanak dan 2 baby... campur tolak.. lebih kurang 75 ringgit untuk dewasa after dpt discount rm25 masa nak check in...Korang rasa berbaloi tak? K pun tak sure ok ke tak.. sbb ni 1st time kitorang wat family day yang ada stay and makan... sebelum2 ni pegi pagi balik petang je.. makanan masing2 bawak..
Ok, berbalik pada tugas.. K di amanahkan untuk membuat kertas kerja aktiviti sepanjang family day tu.. After fikir di fikir.. K come out dgn 4 sukaneka untuk petang 1st day tu sebelum terjun laut, dari 23 org tu hanya 16 org yang akan
bermain, so, K bahagikan kepada 4 kumpulan.. K just wat sukaneka simple2
je.. yang penting happening..
1 - bawa bola ping pong guna sudu
2 - tiup belon bagi pecah
3 - isi air laut guna anggota badan dalam botol
4 - cari gula-2 dalam tepung
Untuk menambahkan happeningnya, untuk malam after dinner, K buat game kotak beracun..dalam kotak tu ada la denda2 dan soklan2 yang di kenakan.. ada soklan pasal family, ada yang kena buat itu ini and ada yang kena jawab isu semasa.. Kelakar tul bila mak cik pak cik yang main kotak beracun ni.. Mulut dorang bising masa kotak berjalan.. punya takut kotak berenti kat dorang..
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, the next day, lepas checkout kitorang sewa 2 buah van utk round pulau.. next entry K akan detailkan perbelanjaan sepanjang kat sana...
K..letak le gambor..nak nengok..ngeeee
ReplyDeletehehe... next entry K up skali gambar..:)
Deletebeshnya siap ade sukaneka :)
ReplyDeletesaja nak bagi ada kenangan... tak de la pergi pangkor mandi laut je... hehe... :)
Delete