Tuesday, November 19, 2013

ivf/icsi: The chronology: part2 (Finale+Result)

28/10/2013
- Pagi ni perut kembali kembung yang teramat sgt. Kalau tengok K macam mengandung 5 bulan. dengan cekang penuh angin nya. K sampai dalam pukul 7.45 am. Pukul 8.45 am kitorang gi daftar. Pastu lepak je situ sampai Dr panggil. Sepanjang masa ni, K minum air zamzam. Masa ni K dah pening, nak muntah and sangat tak selesa. Sampai satu tahap K dah tak tahan.. K pergi toilet and muntah semua air zamzam yang K minum td. Around jam 10.30am, Dr. panggil suh get ready. Pastu masuk bilik prosedur. Dr scan abdomen K untuk tgk progress ovari K, ternyata, K memang terkena OHSS tp, ketika ini masih mild dan prosedur ET boleh di lakukan. K di maklumkan, dari 23biji ovum yang diambil, 10 yang fertilized dan sehingga hari transfer hanya 6 yang bersenyawa dan membesar dgn baik 4 lagi tak berkembang dengan sepatutnya. 2 akan di transfer dan 4 lagi akan di freeze. Sebelum memulakan prosedur, hubby K di panggil untuk tengok embryo2 kitorang. Bermula dengan 2 yang nak di transfer dan 4 yang nak di bekukan. Alhamdulillah, prosedur ET berjalan lancar dan sgt mudah. Tak de rasa sakit, dan takde bleeding. Dalam masa kurang 10minit semuanya selesai dan K di biar rehat di bilik prosedur selama 1 jam. Masa ni K di maklumkan perlu membeli ubat Proluton untuk menggantikan HCG - Purbegen disebabkan OHSS K tidak dibenarkan mengambil sintikan HCG kerana HCG akan merangsangkan lagi ovari K. Suntikan Proluton ni adalah suntikan yang paling sakit penah K kena. Kandungannya adalah minyak dan perlu menggunakan jarum yang lebih besar. Selepas 1 jam lebih, K  di benarkan bangun dan boleh menyalin pakaian. Untuk hari ini K dah mula ambil suntikan Proluton 500mg. Seminggu sekali selama 3 minggu. Selesai semua, K dgn hubby terus ke cafe makan dan terus gerak pulang ke Ipoh, K baring di seat belakang sampai Ipoh. Kesian hubby K drive sengsorang. hehe..Alhamdulillah dalam pukul 4.00pm kitorang sampai Ipoh. K diberi MC selama seminggu.

29/10/2013
-Bermulalah 2ww K.. Perut K masih lagi kembung on and off.. Paling seksa waktu nak tidor malam. K tak solat duduk K solat macam biasa, sbb kalau duduk terlalu lama K tak boleh nak bernafas. Mulut hanya terasa nak makan bubur dan ikan bilis. Makan sikit2 dab tp, banyak kali.

30/10/2013
- K terbangun pukul4 pagi sbb rasa sgt kembung dan sakit perut. dan K sukar untuk bernafas. K mesej Dr Shikin dan terus ke wad kecemasan hospital Ipoh dan di diagnose terkena gastrik K di suntik ubat gastrik dan di benarkan pulang oleh Dr di wad kecemasan. Tengah on da way nak ke farmasi ambil ubat, Dr Shikin cal tanya macamana dan K pun cerita la kena gastrik. Dengar je K dah boleh balik, terus Dr. Shikin cakap tak boleh balik dia suruh pergi EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) di wad Gynea. Dan dia akan datang cek K. Sampai di EPAU, Dr di situ scan dan dapati ovary K dah membesar dan ada sedikit cecair di abdomen. Dr claim OHSS K dah masuk fasa moderate dan di nasihatkan untuk admit ward untuk di pantau. Dalam pukul 7.30am Dr. Shikin datang dan sekali lagi cek dan confirm OHSS K dah sampai tahap moderate.

31/10/2013
- K berdoa sangat dapat balik hari ni. Dengan keadaan K sekarang ni, K rasa sangat tak selesa nak stay di hospital. Alhamdulillah, petangnya K dah boleh balik. Sepanjang di hospital, K di kena masuk 4 botol drip. 1 suntikan ubat elak darah beku dan 2 kali ambil darah. Alhamdulillah, di sebbkan result darah yg ok tu lah, K dibenarkan pulang. Tp, perlu ke hospital untuk cek darah sekali lagi hari Isnin dan datang tgk keputusan ari Rabu.

1/11/2013
- Alhamdulillah. Perut kembung K dah beransur baik. Start rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit kepala yang light dan rasa nak makan. Sometimes kaki rasa macam kejang. Hari ni K last MC.

2/11/2013 - 3/11/2013
- Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang.

4/11/2013
- Ke hospital cek darah, scan abdomen. Ovari dah mengecil sedikit. Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang. Sebelum balik, amik suntikan Proluton yg kedua.


5/11/2013
- Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off  dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang. 

6/11/2013
- Simptom2 semua masih ada tp, makin kurang. Arini review result darah and scan. ET masih tebal dan ovari dah mengecil. Alhamdulillah. Tp, masa ni dah dpt rasakan sesuatu. Seakan faham senyuman yg Dr berikan pada K.

7/11/2013 
- Sama jgk mcm semalam cuma K rasa mengantuk tengahari. Hari ni dh start kerja. Badan dah rasa ok sikit.

8/11/2013 -14/11/2013
- Simptom2 masih ada mcm sebelum2 ni. 

15/11/2013
-Last makan Duphaston. Simptom? Masih ada rasa mual2 dan light cramping. Bila sejuk kaki rasa macam sengal.

16/11/2013
- Tengahari nak solat Zohor, tgk ada brown spot. 

17/11/2013
- Masih brown spot. No more cramping. Masih rasa mual2 bila perut kosong.

18/11/2013
- Appointment keputusan. Result seperti yang di jangka. NEGATIF. Scan rahim kosong. Masih ada brown spot. Cramping2 dah hilang. 

 So, Dr assume this failure maybe because OHSS.. Ovari2 K dekat dgn rahim.. Bila ovari2 membesar ia memberi impak negatif pd rahim. FET di jadualkan secepat mungkin. Dr suruh next month.. K ckp nak hold dulu.. maybe next year.. Dr tulis planner untuk period bulan 1 start the FET cycle. Yang sedihnya, utk FET nnt K masih kena ambil suntikan Gonal-F dan HCG Shot.. tp, amount yg sgt2 minimal sbb K tak dapat nak ovulate sendiri. HUHUHU... cucuk2 lagi... Adoi....


Alhamdulillah.. K ok... Hubby pun ok.. Tiada langsung airmata  yang keluar saat tau keputusan. Both of us redha and think this the best yang Allah rencanakan buat kami..  And please jangan comment2 yang sedih ye.. hehe.. 

Friday, November 15, 2013

IVF/ICSI : The Chronology: Part1

Perjalanan K sepanjang proses IVF tak berapa manis.. Result masih belum diketahui.. Instinct K sekarang entahla.. Kadang rasa mcm ada simptom2 nak positif.. Kadang rasa mcm semua yang K rasa ni sbb kesan ubat.. Kadang rasa mcm nak period... UPT tak berani nak buat... Appointment keputusan IVF ditundakan dari 11hb ke 18hb ni..

Ok back to tajuk entry.. Ni K nak kongsi everything start hari OPU.. 


24/10/2013
- K dgn hubby gerak malam around 9pm ke KL untuk OPU esok paginya. Berhenti tido dlm kereta di hentian Ulu Bernam sebelum teruskan perjalanan ke KL. Last makan sebelum gerak dari rumah. Last minum pukul 11.30pm. Kena start puasa pukul 12 tghmalam ni.


25/10/2013
-Kitorang sampai HUKM pukul 4.45am.  Cari masjid sekitar HUKM semua pagar bertutup so, sambung tido dalam keta tepi jalan tepi pagar masjid. Sampailah pukul 5 lbih dah nak masuk subuh baru pagar buka. Kami mandi dan solat subuh di Masjid Al-Najihin. 
6.45am K dgn hubby sampai di parking HUKM. Teman hubby pergi breakfast then tunggu tercongok depan MAC. Lepas dah daftar semua bagai, pergi buat payment untuk prosedur OPU. Kos nnt K cerita entry lain. Nurse situ suruh pergi kencing semua then pukul 9.30 masuk tukar baju. Prosedur OPU akan start pukul 10. Pukul 9.50 camtu nurse datang cucuk branula, and suntik satu ubat.. pukul 10 K dipimpin ke bilik prosedur, masa ni masih sedar.. dah baring semua, datang nurse cakap nak cucuk ubat lagi, pastu siap pesan kalau ngantuk tido ye.. lepas tu terus tak tau ape jadi.. Cuma sepanjang prosedur K rasa macam K mimpi K tersedar, dan rasa sakit, tp, hakikatnya K tak rasa sakit pun...lepas tu siap pikir "aku tersedar ni mai la tambah ubat".. then, tak tau apa jadi.. Lepas tu pukul 1 lbih nurse datang kejutkan, masa ni dah duduk di katil menunggu.. Nurse cakap, alhamdulillah kita dapat 23 ovum, suami puan pergi solat, nnt pukul 3 saya datang panggil puan, puan rehat dulu.. Masa tu rasa lali lagi, tp, perasan ada drip air kat tangan..pastu tertido balik... pukul 2.45 mcm tu baru betul2 sedar, tgk tgn dah takde drip, nurse dtg jenguk and cabut branula, salin baju pastu keluar, tgk hubby duk tunggu kat luar..

Dah keluar tu sementara tunggu untuk nak balik, 2 Dr. yg buat prosedur tu datang pada K, tnya, sakit tak? pastu senyum, K cakap, entah, tak rasa macam ada mimpi tersedar and rasa sakit.. Pastu Dr. ckp K dah meronta2 masa prosedur... haha... serius tak igt.. Dr kata, diorang dah bg high dose ubat kt K tp, maybe prosedur tu lama K dah tersedar.. K, just ckp sorry sbb K memang tak sedar K meronta.. Pastu Dr. tu just ckp tak pe pastu pesan kalau sakit makan panadol sahaja..

Masa keluar dari MAC tu nurse ada ckp K ada high risk kena OHSS, so, kalau rasa perut sgt sakit, ada muntah2 terus ke wad kecemasan HUKM tu.. K dibekalkan 1 ubat Bromocriptine untuk prevent OHSS jd teruk..

K makan aritu pukul 4 lbih.. perut dah kembung mcm belon.. lepas makan perut tersangatla bloated.. rasa nak muntah.. Kitorang tak jadi stay hotel.. Kitorang tumpang rumah kawan di Ampang.. dekat maghrib baru sampai umah dorang sbb tunggu dorang balik kerja..

26/10/2013
-Kitorang tak g mana2 just stay kat rumah, kawan kitorang tu tau kitorang wat ivf and tau K memang rasa tak sihat... K kena gastrik teruk.. perut rasa macam nak meletup..makan boleh makan 2, 3 mulut je.. tak boleh nak masuk dah sbb rasa full..K tak rasa nak "membuang" dan tak leh nak kentut.. angin dan gas berkumpul dalam badan..Malam tu K muntah.. tp, tak de benda keluar... just air pahit.. Masa ni rasa serik sgt wat IVF.. tp, sekarang dh tak rasa dh.. hehe..

27/10/2013
- Perut masih bloated. tp, dah kurang sikit... Pukul 1.30 camtu Dr Shikin gynea Ipoh K call infor telur yang disenyawakan ada 10.. Esok pukul 10@11 akan wat prosedur ET.. Dr ada tanya K ok ke tak... K ckp, K dah kurang sikit kembung dari semalam.. then, Dr ckp, ok and jumpa esok... After a while K dpt call dari embryologist MAC lak nak inform hal yg sama...

to be continue..

Friday, October 25, 2013

IVF/ICSI: OR/OPU

Salam.. K just nak share info.. K dh selesai prosedur pickup.. Alhamdulillah..kesemua telur yg berjaya pickup 23bj.. but K ada risk OHSS.. sekarang ni K kena tmbah makan 1 ubat untuk prevent OHSS tu..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 24, 2013

IVF/ICSI: Last Day Kerja before the Procedures

Short update, arini byk kerja nak di selesaikan.. Semalam K dh trigger (HCG-Pubergen 10000ui) untuk release telur at 10pm.. Arini last day, hopefully K dapat cuti dan berehat sampai 11.11.2013 tu... The main sebab K tak nak dtg kerja sbb K tak nak stress.. Tp, tak tau la cukup tak simpanan cuti K ni... MC pun tak sure berapa hari nak dpt..  K akan menjalani prosedur pickup telur esok 10am dan akan bergerak ke KL tgh malam ni.. Dlm pkul 3pg.. Maybe stay KL sampai ari transfer, Isnin.. Selasa baru balik Ipoh..  Insya'Allah... Tp, K tak tau nak stay mana... Any suggestion? hehe... byk malam jgk tu.. Atau mungkin lepas pickup, K akan balik Ipoh, then ari transfer baru ke KL balik... Kali ni both K dgn hubby dah stuck tak tau nak buat keputusan.. We'll see nnt mcmana, moga Allah SW tunjukkan jalan... :) 

Please pray for us ya kawan2...

" Ya, Allah. Ya Tuhan kami, ampuni dosa-dosa kami, dosa kedua orang tua kami, dosa kaum keluarga kami dan dosa seluruh mukmin di mukabumi ini. 
Ya Allah, Yang Maha Pemurah, dengan penuh tawakkal, kami sedang berusaha untuk mendapat keredhaan Mu untuk mengurniakan kami nikmat mengandung dan melahirkan zuriat. Sesungguhnya, kami terlalu ingin untuk merasai nikmat itu. Namun kami yakin hanya Engkau yang mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak bagi kami. Ya Allah yang mempunyai zat memakbulkan, kami mohon agar Kau permudahkanlah urusan kami. Kuatkanlah hati kami untuk terima sebarang keputusan kelak dan berilah yang terbaik buat kami. Aamiiinnnnn... Ya Rabbal 'Alamin.. "

Wednesday, October 23, 2013

IVF/ICSI : The Documents+Result TVS CD10



1. Planner


2. TVS Report
note: yang dalam kotak merah tu result TVS day10


3. Guideline before and after OPU & ET


Monday, October 21, 2013

IVF/ICSI: Last injections for 1st batch



Alhamdulillah, K dah selesai ambil kesemua suntikan untuk 1st batch sebelum 1st follicle tracking esok. Bagi K nak suntik Gonal F tak ada masalah... dan tak sakit lagsung... jarum halus je...  tp, 1st time K cucuk Orgalutran, fuhhh.... rasa sengal dia memang tak dapat nak terima... At first jarum macam tak dapat nak lut kulit ni, mcm tumpul pun ada...  hehe... sakit dia macam tercucuk jarum kerongsang kat jari...  kena tekan kuat sikit baru dapat benamkan jarum tu..  masa release ubat, tak rasa sakit... Semalam K cucuk Orgalutran ni, tak sakit pulak... senang je nak tembus kulit... tp, arini sakit macam yang first tu... lagi susah nak lut... ape2 pun, harap2 tu last lah K kena amik Orgalutran tu.. jarum dia besar...  Boleh gitu?? Tp, kalau kena jgk, terima je la.. Sanggup K lalui demi keinginan yang satu tu..  huhu~
Esok K TVS day10.. Nerbes nerbes nerbes..

rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr ,aameen.

Wednesday, October 16, 2013

IVF/ICSI : 1st Visit , TVS CD2


Untuk info, kalau buat IVF di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh
 ni, procedure Ovum Pick up (OPU)/ Oocyte Retrieval (OR) dan Embryo Transfer (ET) akan di buat di HUKM... Follicle tracking buat di sini je..

Alhamdulillah.. perjalanan IVF di hari pertama (on Monday, 15 Okt) consult Doc berjalan lancar..Since K 1st day period, ari Sabtu tu dah lepas tghari, jadinya Isnin tu dikira CD2...  Rasa macam special skit jadi patient IVF ni.. Semuanya jadi cepat.. Dan yang paling rasa syukur hari tu sbb Doc yg bg briefing pasal IVF dekat K, Dr Shikin tak cuti... hehehe... Memang K dgn hubby nak dia yang consult IVF ni.. Since planner dan briefing, Doc dh buat masa last visit before proceed IVF aritu, jadinya, 1st visit untuk cycle IVF ni, Doc dah tak terang procedur IVF, just straight to the point, waktu bila nak kena ambil ubat, macamana nak inject, bila nak dtg follicle tracking and bila expected day utk OPU&ET.. Actually, at first, Doc nak bagi K Puregon+Orgalutron.. Tp, stok Puregon tak sampai lagi.. Bila cek stok, yg ada Gonal F... So, Doc prescribed K Gonal F untuk stimulation & Orgalutran untuk lambatkan kematangan follicles.. Nak di jadikan cerita, boleh pulak K terlupa nak bawak cooler box.. punya nak sampai awal nak kejar parking.. hehe... Tp, nasib baik Doc ckp dia bg pinjam cooler bag spital... Alhamdulillah, Allah permudahkan... Bila perasan tak bawak cooler box tu, K dah pasang niat nak gi beli baru je... Selamat RM kitorang.. hehe...
Lepas dah settle semua, bayaran pendahuluan IVF kena bayar di HRPB ni sebanyak RM850..


Untuk rekod K,

Result TVS CD2 K, lining, 6.2 mm dan ada 19 follies besar dan kecil...

Ovari Kanan :
10.6 X 7.5 mm
8.1 X 6.0 mm
7.0X7.0 mm
6.1X6.1 mm
+ 6 small follicles

Ovari Kiri :
8.7X7.9 mm
6.5X7.6 mm
8.0X10.5 mm
+ 6 small follicles

Next TVS untuk CD10 (22 Okt, Selasa)

Jadual Ubat (10.30 am)

Ari Isnin dah start ambil injection Gonal F, 300 iu - done
Selasa, Gonal F, 300 iu - done
Rabu, Gonal F, 150 iu done
Khamis, Gonal F, 150 iu done
Jumaat, Gonal F, 150 iu done
Sabtu, Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Ahad, Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Isnin, Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Selasa, TVS CD10+Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Rabu, Orgalutran 0.5 ml + Pubergen 10,000 ui (10pm) done

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...