Wednesday, August 15, 2012

Update Sket...

Salam... first skali, pasal period K, lepas 2, 3 hari stop spotting aritu, tetiba datang balik period K banyak berketul2...siap senggugut...sampai hari ni, masih berdarah... Plus ari sabtu aritu K start demam sampai Isnin (K amik MC ari Isnin).. Rasanya K nak ganti pose 30hari sebelum Ramadhan thn depan. huhuhu~ Disebabkan K demam, berjangkit pulak dekat Hajir.. Sian pulak si kecik tu demam selsema.. Macamana nak raya ni.. Harap sgt sembuh sebelum raya.. Second, Berat K alhamdulillah setakat semalam, 59.1 kg... K start minum SD-II, 17 Ramadhan ari tu... Minum 5 hari, K demam, stop kejap... Mungkin air kurang dalam badan, bulan pose mana nak dpt minum kan? Lepas raya baru nak minum balik kot SD-II tu.. Oh ya, 5 hari tu K tak makan nasi, sampai la ari sabtu, ahad, isnin, berbuka umah mentua, K makan nasi setengah senduk, tp, sahur, minum air je...esok, K target turun ke angka 58.. Insya'Allah... So, mcmana progress u all lak? Mesti banyak turun..kan? K tak turun banyak pun, tp, target nak capai 57kg mcm K ckp dlm entry ni, macam tak sempat, tinggal berapa hari je ni...Hm...Last skali K nak share resepi nasi kuning ni, kadang K masak nasi ni bila dah jemu dgn nasi putih...hehe..

Bahan untuk 2 orang makan:

2 cawan (cawan putih yang percuma bila beli periuk nasi tu.)
1/2 biji bawang besar - di mayang
2-3 sudu marjerin (K pakai marjerin Daisy)
sedikit garam dan gula (K letak lebih kurang 1 sudu kecil garam, 1 sudu besar gula)
1 btg kecil kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
secubit serbuk kunyit

Caranya senang je...

1 - Basuh beras macam biasa, masuk air dalm periuk nasi macam nak masak nasi putih. 
2 - Masuk garam, gula dan serbuk kunyit. Gaul rata, K selalu gaul pakai tangan je.
3 - Masuk kulit kayu manis dan bunga lawang.Then, letak atas rice cooker macam nak masak nasi biasa jugak.

4 - Bila dah mendidih sikit air tu, buka tutup periuk, masuk marjerin pastu kacau rata, tutup balik tudung periuk tu dan tunggu la nasik masak. Nak tambah aroma, leh letak daun kari sikit.

Dah siap...  : )
Photobucket

P/S: Esok K dah cuti... nak kemas rumah, nak buat kek... hehe...

2 comments:

  1. Wow..bestnya dah start cuti...Selamat Hari raya K :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Selamat Hari Raya~~
      Tak berapa nak best la...K cuti awal sorang hubby kerja.. huhuhu...K amik cuti awal sebab nak kemas umah, bersih2 apa yang patut, sebelum balik kampung..Terpaksa la wat sorang2... Pastu jumaat K nak wat kek dan kemas barang nak balik kampung, sbb hubby balik je kerja, terus nak shoot balik kampung..

      Delete

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...