Friday, May 4, 2012

Anak Susu? Camana nak hasilkan susu?

Memandangkan next appointment K bulan 7 nanti.. K cadang nak start balik makan Clomid after raya and akan continue berTTC dengan full effort... pertengahan bulan 7 kita akan start berpuasa..Tumpuan K dalam 'masa rehat' ni, K akan bagi full attention untuk hal ibu susu ni..Seperti yang kwn2 tau, K akan jadi 'ibu segera' kepada seorang baby 'ready made'..hehe.. leh refer entry ni...So, lepas K dah bincang2 dengan hubby and family... K buat keputusan nak cuba breasfeed (BF) this baby untuk menjadikan anak ni anak angkat aka anak susu K dan jadi mahram pada K dan family...yang paling penting dia mendapat khasiat dari susu ibu yang diperlukan dan menghindarkan baby dari terancam oleh risiko2  akibat kurang susu badan.


After doing research kat internet, K dpt info yang kita boleh try ambil suntikan dan pil hormon susu untuk menghasilkan susu...walaupun kita tak melahirkan anak... Alhamdulillah, K dah pun pergi   dapatkan consultation di satu klinik swasta...dan K dah pun amik suntikan tu..cuma sekarang ni, K tengah tunggu time yang sesuai untuk mula ambil ubat hormon yang dapat rangsang hormon prolaktin iaitu hormon susu.. Akan tetapi, K kena bekerja keras untuk merangsang penghasilan susu since K tak penah mengandung dan melahirkan.. K kena lakukan satu proses yang dipanggil induce lactation untuk keluarkan susu... Lebih elok kalau baby tu sendiri yang tolong stimulatekan breast (B) dan dalam masa yang sama K kena betul2 mindset kan otak K yang K ni ada susu, dan nak susukan baby... Secara tak langsung otak akan dapat signal untuk hasilkan susu dan merangsang kelenjar susu untuk produce susu.. 

Doc ada sarankan untuk guna SNS Madela untuk lekapkan baby pada B kita.. supaya baby akan ny*t-ny*t (stimulate) nipple kita... Kaedah ini menjadikan proses induce lactation tu lebih efektif kalau dapat beri komitmen yang penuh iaitu perlu bersama baby sepanjang hari selama sekurang2nya 2minggu... Of course la K tak dapat nak bagi effort tu, sbb K tak dapat nak cuti selama 2minggu... huhu... Lagi satu kaedah ialah dengan melakukan power pumping setiap hari...  So, K amik keputusan untuk buat power pumping waktu office hour dan lepas office hour hingga ke malam, K akan gunakan kaedah SNS tu... Untuk weekend dan hari cuti, K akan cuba fully gunakan kaedah SNS sepanjang hari dan akan selitkan satu sessi power pumping (tengok waktu yang sesuai) sampai lah susu K keluar then, baru K akan stop SNS dan akan teruskan power pumping.. hehe... ntah betul ke tak apa yang K faham ni... 

Selain tu jugak, K akan ubah corak pemakanan K... 1st sekali... K kena stop minum ais... banyakkan minum air suam/panas.. Ok ni senarai2 makanan dan minuman yang K akan start makan nnt.. 


Last but not least, jika perlu, K akan dapatkan khidmat bidan untuk urut keluar susu.. Dengar2 macam ada... nanti kalau dah dapat maklumat, K share kat blog ok? Kawan2 tolong doakan agar K dapat hasilkan susu ye? :')


p/s : untuk buka link2 dalam entry ni kat new window, just tekan ctrl di keyboard dan left click mouse pada link tu.TQ 


K's Ngomel: dah macam wat assignment masa study dulu ja... hahaha... wat research then, summarize kan apa yang K faham..


" Ya Allah, Ya Tuhan ku... 
  Permudahkanlah urusan ku... aminnn..."
Photobucket

11 comments:

  1. chaiyok..chaiyok mama k! chenta doakan mama k akan berjaya bagi haji susu..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ma chenta...sorry... baru perasan upenya ni ma chenta...
      hmmm... aminnnn... mudah2an K berjaya hasilkan susu untuk Haji.. Risau jugak kalau susu tak nak keluar... ;)

      Delete
  2. good luck mama k..irizz doa semoga semua di permudah kan utk anak tersayang.nanti aplod pic haji byk2 taw..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ma irizz... Aminnnn... Insya'Allah... nnt K akan aplod pic haji.. tp, tunggu K bawak haji mai sini dulu... :)

      Delete
  3. Salam Puan K, SNS yang puan di web Aja http://www.mybreastpumpshop.com ada dlm stok. Kalau puan nak nanti puan email Aja?

    ajasuakeem [at] yahoo [dot] com

    ReplyDelete
  4. mama k chenta nk email add mama k leh tak? de few info yg chenta perlukan tq dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo... ok... leh email sini... cikpuank@gmail.com.. :)

      Delete
  5. hye puan K, salam kenal, sy datang membaca tips di ats

    ReplyDelete
  6. Salam puan... Boleh sy tau kat mana nak dapatkan suntikan untuk hasilkan susu nie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, saya aritu pergi klinik gynea kat pantai puteri, bgtau doc yg nak susukan anak angkat.. dia bg suntikan provera.. tp, saya tak berjaya susukan anak angkat saya, masa ambil suntikan langsung tak keluar susu.. saya jumpa cara yg berkesan hanya selepas baby dah besar dan dah tak sempat... awk boleh cuba amik pil motilium boleh beli di farmasi..ckp je nak beli ubat motilium.. ubat ni sehari makan 3 kali.. lepas tu pergi mengurut susu dgn bidan, buat power pumping guna elektrik punya, pump sehari 3 kali selama 10 minit setiap sesi.. tiap2 pagi bersihkan puting breast guna berus gigi yg lembut... sambil tu awak amalkan minum air rebusan halba, masa minum campur 1 sudu madu.. minum horlick dan untuk supplement, saya aritu makan alfalfa shaklee.. susu keluar selepas 2 minggu sy buat mcm tu...adalah dalam satu sudu kecil...air kena minum byk... harap dpt membantu...

      Delete
  7. Salam puan... Boleh sy tau kat mana nak dapatkan suntikan untuk hasilkan susu nie??

    ReplyDelete

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...